Monday 25 August 2014

Beza Antara Korban dan Aqiqah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Tak lama lagi, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji pula. Dimana ibadah korban atau aqiqah akan dilaksanakan. Jika di kampung saya iaitu di Kedah, Hari Raya Haji kebiasaannya lebih meriah disambut berbanding Hari Raya Aidilfitri :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Apakah perbezaan ibadah KORBAN dan AQIQAH?


KORBAN ialah penyembelihan binatang-binatang ternak yang tertentu sempena Hari Raya Haji ( korban) dan tiga hari selepasnya iaitu hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 - Zulhijjah).

Binatang ternak yg dimaksudkan ialah:
  • Kambing domba yg telah berumur setahun lebih atau sudah berganti gigi
  • Kambing biasa yg telah berumur dua tahun lebih.
  • Unta yg beumur lima tahun lebih
  • Lembu atau kerbau yg telah berumur dua tahun lebih

Dan disyaratkan binatang-binatang tersebut tidak cacat, tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak sakit, tidak terpotong telinga atau ekornya dan mencukupi umur yg ditetapkan seperti tersebut di atas.

Hikmah penyembelihan korban ialah untuk mengembirakan golongan fakir miskin, sebagaimana pada Hari Raya Aidilfitri, golongan fakir miskin digembirakan dengan pemberian zakat fitrah.

Oleh itu, daging korban sunat disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, orang yg berkorban boleh mengambil sedikit dan sunat memakannya (jika bukan korban nazar).

Setengah ulama mengatakan, jika sukar mencari fakir miskin, diberikan kepada orang yg mampu sebagai hadiah. Bagaimanapun, penerima mesti ada yg miskin sekurang-kurangnya seorang.

Firman Allah yg bermaksud: "Makanlah sebahagian dagingnya dan berilah makan kepada fakir miskin dengan daging itu." (Surah Al-Haj: Ayat 28).

AQIQAH pula ialah penyembelihan haiwan ternak yg pada hari ketujuh dari kelahiran seseorang bayi sebagai tanda syukur kepada Allah. Jika tidak dapat pada hari ke-7, buatlah pada hari ke-14 atau ke-21 dari kelahiran bayi.

Jika tidak dapat juga, boleh dilakukan pada bila-bila masa asal si anak masih belum baligh. Jika telah baligh, gugur tuntutan sunat atas bapa atau wali dan berpindah kepada si anak itu sendiri untuk mengaqiqahkan dirinya. Mengikut riwayat bahawa Rasulullah S.A.W menyembelih aqiqah utk diri baginda sendiri.

Binatang yg disembelihkan untuk aqiqah adalah 2 ekor kambing untuk lelaki (jika dapat berbuat demikian, jika tidak seekor pon sudah memadi dan sah hukumnya) dan seekor untuk bayi perempuan.

Jika tidak dapat dua ekor, daging aqiqah sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian disedekahkan kepada fakir miskin. Jika tiada golongan miskin, boleh diberikan atau diundang orang-orang yang mampu untuk memakannya.

Selain daripada kambing, sesetengah ulama berpendapat boleh dengan binatang yang disembelih untuk korban dengan umur seperti yang telah ditetapkan syarak. Nilai seekor lembu atau kerbau atau unta ialah menyamai 7 ekor kambing.

Adakah kedua-duanya wajib dilaksanakan setiap umat islam yang mampu?


Hukum berkorban adalah sunat pada setiap tahun bagi orang yang berkemampuan, kecuali jika dinazarkan ia menjadi wajib. Demikian pendapat kebanyakan ulama. 

Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat bahawa berkorban itu adalah wajib dengan alasan Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah memberimu (wahai Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Sebab itu, dirikan solat pada Hari Raya Haji kerana Allah dan sembelihlah korbanmu." (Surah Al-Kauthar : 1-2)

Thursday 21 August 2014

Segmen Bloglist August irrayyan.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...


Salam bulan kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia

Jom jadi salah seorang bloglist irrayyan.com ni..boleh kita tukar-tukar link disamping dapat rakan blogger baru ;)

HQ Shaklee Berpindah Ke Sunway Pinnacle

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Main office Shaklee akan berpindah ke Sunway Pinnacle dari Empire Subang. Tarikh berkuat kuasa bermula 25 Ogos 2014 ini. Sudah semestinya ke tempat yang lebih besar dan selesa :)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

8 Cara Ideal Turunkan Berat Badan Dengan Efisien

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Ada antara anda semua yg sedang runsing bagaimana untuk mendapatkan berat badan ideal? Mari saya kongsikan beberapa cara.


Untuk menurunkan berat badan, perlulah dengan cara yg betul. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan.

1) MENGGUNAKAN UBAT

Cara ini paling digemari kerana ia paling mudah dan cepat. Ubat yang sering digunakan termasuklah duromine, reductil, xenical, dan lipasu. Tetapi ia bukanlah cara terbaik.

2) MENGAMALKAN MINUMAN ATAU MAKANAN 'PREMIX'

Seperti serbuk yang hanya perlu dibancuh dengan air dan mempunyai berbagai perisa. Minuman ini untuk menggantikan sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

CINCH SHAKE SHAKLEE, CINCH TEA SHAKLEE & ESP SHAKLEE sangat sesuai untuk diambil sebagai 'premix'.

http://supplementandyou.blogspot.com/
Terdapat juga perisa Vanilla & Chocolate

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

3) PEMAKANAN YANG BETUL

Elakkan dari makan makanan bergoreng, berlemak dan manis.

4) MEMBUANG TABIAT PEMAKANAN NEGATIF

  • Elakkan makan terlalu lambat pada waktu malam (paling lambat 3 jam sebelum tidur).
  • Jangan 'skip' waktu makan. Contohnya, tidak mengambil sarapan atau makan tengah hari, tetapi hanya mengambil makan malam yang berat kerana waktu itu anda amat lapar.
  • Makan 'tit bits' di antara waktu makan.
  • Jangan biasakan makan di hadapan TV atau semasa membaca kerana ini membuatkan anda leka dan makan banyak tanpa disedari.
  • Untuk kaum ibu, jangan sesekali menghabiskan makanan anak-anak yang tidak dihabiskan.
http://supplementandyou.blogspot.com/

5) BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

8 hingga 10 gelas air sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5L hingga 2L air sehari.

http://supplementandyou.blogspot.com/

6) SENAMAN

Tidak perlu membuat senaman berat, sebaliknya mulakan senaman ringan dengan berjalan selama 30 minit sehari.

http://supplementandyou.blogspot.com/

7) KEAZAMAN YANG TINGGI

Anda perlu tanamkan azam yang tinggi untuk mencapai impian anda. Pastikan anda ada sasaran tertentu dan cuba mencapainya sebaik mungkin. Sebagai contoh mulakan sasaran anda dengan pengurangan 10% dari berat badan sekarang dalam masa 2 ke 3 bulan pertama.

8) USAHA BERTERUSAN

Jangan terlalu ghairah untuk melihat perubahan dalam jangka masa pendek. Aturkan langkah permulaan dan mulakan perlahan-lahan. Apa yang paling penting, anda perlu melakukannya secara berterusan.

Bagaimana cara untuk mengetahui berat ideal? 

Untuk menentukan berat badan ideal, anda boleh tentukan melalui pengiraan BMI.

KLIK SINI untuk cek BMI (Body Mass Index) anda.

Rujuk pula pada carta ini. Adakah anda 'Underweight', 'Overweight' atau 'Obese'?!

http://supplementandyou.blogspot.com/

Ini pula panduan mudah untuk menentukan berat ideal anda. Jika tinggi anda 160cm (wanita), berat ideal anda adalah di antara 49-63kg sahaja.

http://supplementandyou.blogspot.com/

KLIK SINI untuk order samada Cinch Shake, Cinch Tea atau ESP anda sekarang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Tuesday 19 August 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Lebih kurang lagi 10 hari je lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan kan..anda rasa teruja tak? Saya sudah tentu teruja!! ;)

Dek kerana keterujaan itu, jom join giveaway merdeka dari blog SITI.YANG.MENAIP ni. Penyertaan sehingga 24 Ogos 2014 ni ye. 20 orang peserta yg bertuah akan memenangi hadiah berupa fridge magnet atau notebook! Menarik kan ;)


Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Anda mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

~ Testimoni Set Berpantang Shaklee ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Hari ni saya nak kongsikan beberapa testimoni pengguna SET BERPANTANG SHAKLEE yang amat berpuas hati dengan kesan pengambilan set ini terhadap mereka. Rata-rata cakap Set Berpantang Shaklee ini bukan sahaja cepat pulihkan tenaga dan luka, malah berat badan juga sangat-sangat cepat turun!! Bagi seorang wanita yg telah bergelar ibu, itu lah yg paling penting selepas melahirkan. BACK TO SHAPE!! :D

Tapi sebelum itu, saya beritahu dulu secara ringkas suplemen apa yg terkandung dalam Set Berpatang Shaklee ini ye. Anda boleh dapatkan penerangan terperinci di entry BERPANTANG BERSAMA SET PANTANG SHAKLEE ini.

http://supplementandyou.blogspot.com/

Ok, jom layan testimoni-testimoni best dari ibu-ibu hebat ini :) Set Berpantang Shaklee amat sesuai untuk ibu-ibu yg mempunyai anak G6PD Deficiency. (Klik pada image untuk paparan besar)

http://supplementandyou.blogspot.com/
Testimoni sendiri...
http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

KLIK SINI untuk dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE anda sekarang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Sunday 17 August 2014

::Tip Kawal Berat Badan Anak::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Ada ibu bapa yang sedang risau dengan berat badan berlebihan anak anda? Jangan runsing. Mari saya kongsikan beberapa tips mudah yang boleh para ibu bapa praktikkan untuk mengawal berat badan anak-anak anda.

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/
Sekadar hiasan

1) KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Menurut Jurnal Klinikal Nutrisi Amerika, kanak-kanak yang berlebihan berat badan akan makan 34% lebih kalori daripada makanan ringan berbanding jumlah yang perlu mereka ambil walaupun tidak merasa lapar.

Oleh itu, cuba halang mereka daripada mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan lemak dan gula ketika berada di luar mahupun di dalam rumah.

2) BENARKAN ANAK-ANAK BERMAIN

Tukarkan permainan video yang hanya memerlukan mereka untuk duduk sahaja kepada permainan yang lebih aktif seperti bertinju atau menari.

Kajian di United Kingdom mendapati aktiviti sebegitu dapat menurunkan 0.1kg-0.3kg dalam tempoh seminggu sekiranya ia dilakukan antara satu hingga 1.9 jam sehari.

3) LEBIHKAN PENGAMBILAN PUTIH TELUR BERBANDING KUNING TELUR

Saintis daripada United Kingdom menyatakan asid amino yang terdapat pada putih telur dapat merangsang sel otak untuk memberitahu tubuh untuk membakar lebih kalori.

Asid amino yang juga merupakan nutrien dalam protein akan sentiasa memastikan tubuh anda dalam keadaan bersedia.

4) AMALKAN DIET RENDAH KARBOHIDRAT

Diet rendah karbohidrat merupakan pilihan diet yang terbaik dalam melawan radang pada tubuh. Penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati berbeza dengan diet rendah lemak, pengamal diet rendah karbohidrat akan hilang secara puratanya 4.5kg lebih daripada mereka. Malah pengurangan juga berlaku hampir dua kali ganda pada bahagian lemak perut.

5) JANGAN BERLAPAR SEBELUM TIDUR

Tahukah anda, meninggalkan makan malam bukanlah kaedah terbaik untuk mengawal berat badan. Malah hanya akan membantutkan usaha untuk mengurangkan berat badan.

Jangan bimbang kerana makan pada lewat malam sebenarnya tidak akan menjejaskan usaha anda langsung! Sebaliknya buatlah pilihan yg bijak. Elakkan pengambilan karbohidrat pada lewat malam dan sebaiknya ambil makanan daripada sumber protein.

MEALSHAKE SHAKLEE sangat sesuai untuk yg mahu amalkan tip no.5 ini :)
http://supplementandyou.blogspot.com/

6) AMALKAN MAKAN BUAH DELIMA UNTUK MEMBAKAR LEBIH KALORI

Delima telah terbukti dapat membantu pembakaran lemak bagi individu yg gemuk selain daripada dapat mengurangkan radang dalam tubuh.

Selain itu, buah delima juga berupaya menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser. Banyak kajian terbaru juga menunjukkan bahawa rutin makan buah delima setiap hari dapat mencegah obesiti dan juga diabetes.

http://supplementandyou.blogspot.com/

7) KURANGKAN KE 270 KALORI

Daripada anda mengambil sepotong kek keju yg mengandungi 470 kalori sebagai hidangan pemanis mulut, lebih baik anda ambil setengah cawan coklat fondue dengan buah yg hanya mengandungi 200 kalori!

8) AMALKAN PENGAMBILAN OMEGA 3

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Sumber LEMAK BAIK adalah dari pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat juga untuk tubuh badan kita adalah asid lemak Omega 3.

Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, asid lemak Omega 3 secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi asid lemak Omega 3 menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.


OMEGA GUARD SHAKLEE amat sesuai untuk yg mahu amalkan tip no.8 ini :)
http://supplementandyou.blogspot.com/
*sumber: Majalah iSihat & Livestrong

KLIK SINI untuk order MEALSHAKE atau OMEGA GUARD sekarang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Wednesday 13 August 2014

~ Segmen : Blogwalking MERDEKA Bersama Ayu Insyirah ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..


Jom rakan-rakan, kita sama-sama memeriahkan Segmen Blogwalking Merdeka ini bersama Ayu Insyirah. Disamping kita memeriahkan segmen ini, kita juga akan dapat rakan-rakan blog baru :)

Klik pada banner di atas untuk join segmen ini. Jangan terlambat untuk turut serta ye ;) 

Apa Itu Kolesterol??

Assalamualaukim & Salam Sejahtera semua...

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, saya akan terangkan serba sedikit mengenai KOLESTEROL.


Apa itu KOLESTEROL?

KOLESTEROL merupakan bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yg penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.


Terdapat 2 sumber utama KOLESTEROL iaitu:


  • Dari HATI dan
  • Dari MAKANAN HARIAN

KOLESTEROL yg dapat dari makanan harian akan meningkatkan paras kolesterol yang sedia ada dalam darah anda. Ini yg akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana KOLESTEROL boleh menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat 2 jenis KOLESTEROL utama dalam darah:

  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah anda. Plak ini akan menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan sakit jantung dan angin ahmar.

HDL pula dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" salur darah.

Oleh itu, untuk melindungi dan mengelakkan diri dari penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan kolesterol HDL yg tinggi dan paras kolesterol LDL yg rendah.


Apakah penyebab utama tinggi KOLESTEROL?

Makanan di Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung, hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari ~ Rujuk Artikel Ini





Cuba bayangkan menu harian anda seperti ini:


Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 942mg kolesterol dalam 1 hari! Ini adalah melebihi 3 kali ganda jumlah kolesterol harian yg disyorkan!! ~ Rujuk Carta Ini


Tips untuk merendahkan PARAS KOLESTEROL secara semulajadi


  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan FITOSTEROL ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. ~ Rujuk Entry Ini Untuk Penerangan Lanjut Mengenai FITOSTEROL.

Begitulah serba sedikit penerangan mengenai KOLESTEROL. Di entry berikutnya, saya akan terangkan set cadangan suplemen yg sesuai untuk anda yg mengalami masalah tinggi kolesterol.

KLIK SINI untuk dapatkan SET KAWAL KOLESTEROL anda sekarang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Thursday 7 August 2014

Phytocol-ST Shaklee ~ Natural Cholesterol Blocker

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Raya kali ni ade tak yang tak makan langsung lemang, ketupat, rendang, kuih raya sebab risau paras kolesterol naik?? Bagus sangat kalu dapat elakkan semua makanan yang sedap-sedap terutama musim perayaan ni. Tapi RUGI laaaa kan. Menolak rezeki dan nikmat hidup namanya tu. Hehehe...

Sebelum puasa hari tu, Shaklee ada melancarkan produk terbaru diberi nama Phytocol-ST. Ia lebih mesra dipanggil 'Penyekat Kolesterol Semulajadi'.


Apa itu Phytocol-ST Shaklee?


  • Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari.


Apa itu Fitosterol?

  • Fitosterol (dirujuk sebagai stenol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan yg kita makan setiap hari.
  • Dianggarkan juga, untuk memenuhi keperluan 2000mg Fitosterol setiap hari, anda perlu makan 200 biji lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato pada setiap hari!!

Jadi, bagaimanakah Fitosterol berkesan?

  • Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermakna, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah ~ saya akan terangkan dengan lebih terperinci mengenai kolesterol di dalam entry akan datang). 

Antara soalan lazim lain mengenai Phytocol-ST Shaklee

Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan anda?

  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemaktepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?

  • Untuk hasil yg terbaik, ambil produk seperti yg disyorkan: 2 tablet dua kali sehari dengan makanan.

Bolehkah saya mengambil Phytocol-ST Shaklee dan OmegaGuard Shaklee pada masa yang sama?

  • Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil C0Q Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.

Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?

  • Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?

  • Ya.
Jadi, dengan Phytocol-ST Shaklee, anda tidak perlu risau lagi tentang diet harian anda. Hanya 2 tablet sehari dapat membantu anda mengawal paras kolesterol dalam badan anda. Tetapi perlu diingat juga, ambil suplemen bukan bermaksud anda menyerahkan segala tugas menjaga badan anda kepa suplemen. Anda sendiri perlu mengamalkan diet harian yg seimbang dan penjagaan diri seperti bersenam dan pengambilan air kosong yg cukup setiap hari. Sayangi diri dan badan kita dengan semua yang sihat-sihat belaka ;)

Berminat dengan 'Penyekat Kolesterol Semulajadi' ini?

KLIK SINI untuk dapatkan Phytocol-ST Shaklee anda sekarang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Tuesday 5 August 2014

~ Testimoni GLA Complex Shaklee ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Seperti yg anda sedia maklum, bulan ni iaitu Ogos 2014 merupakan promosi Beli 6 Percuma 1 GLA Complex Shaklee.

Jadi saya nak share beberapa testimoni pelanggan Shaklee yg amat berpuas hati dengan kesan GLA Complex terhadap mereka.

GLA Complex untuk Masalah Period Tak Teratur


GLA Complex untuk Masalah Kulit atau Hormon


GLA Complex untuk Masalah Kesuburan Wanita



GLA Complex untuk Wanita Menopause


GLA Complex dapat Mengecutkan Cyst


Berminat?? Anda mengalami salah satu masalah-masalah di atas??

KLIK SINI untuk dapatkan GLA Complex anda sekarang. Anda hanya perlu menukar kuantiti kepada 6 unit untuk mendapatkan 1 set promosi bulan ini dan nikmati 1 botol secara PERCUMA!!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Sunday 3 August 2014

~ OGOS 2014 bulan GLA COMPLEX SHAKLEE ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Rasanya ramai dah maklum Ogos 2014 adalah bulan GLA Complex Shaklee...memang dok tunggu promosi Beli 6 Percuma 1 GLA Complex ni sebenarnya...tup tup, timbul promo ni bulan ni..hehe..makanya, harus laa saya grab terus 1 set kan :) ada yg selit order ke?? ;) ni poster untuk promo bulan ni...


Ok, sebelum saya bg cara-cara nak order, meh saya share khasiat dan kelebihan GLA Complex ni.

Kelebihan & khasiat GLA Complex
GLA Complex bukan khusus untuk wanita sahaja tau..lelaki pon amat sesuai amalkan pengambilan GLA Complex..kerana GLA Complex secara umumnya GLA Complex dapat mengawal kadar gula dalam darah, mengawal kadar kolesterol, untuk darah tinggi dan juga amat baik untuk fungsi saraf..jadi kaum adam tak perlu risau kerana GLA Complex juga amat sesuai untuk lelaki.

Jadi, ada yg berminat??

KLIK SINI untuk dapatkan GLA COMPLEX anda sekarang...untuk order 1 set 6 botol dan akan dapat 1 botol PERCUMA, anda hanya perlu tukar bilangan kuantiti di kotak order :)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Friday 1 August 2014

AidilFitri 2014 ~ Kami Berempat ~ Alhamdulillah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari raya ke-6. Baru sempat nak mengupdate entry. Ampunnnn....

Alhamdulillah juga, tahun ini kami beraya berempat. Syukur dengan setiap kurniaan dariNya :)

Tahun ni raya pertama saya di kampung suami iaitu di Sik, Kedah. Memang seronok sangat sebab kampung suami masih tidak dicemari dengan arus pemodenan. Saif la yg paling excited. Dia pon dah semakin besar. Selalu dapat tengok ayam, lembu, pokok-pokok besar dalam tab atau TV je. Bila di kampung, semuanya 'real'. Memang teruja habis dia. Ngantuk ke, lapar ke, semua dah tak peduli. Nak dok luar rumah je tengok ayam. Bila orang sibuk kait rambutan, dia pon sibuk nak tolong kutip. Yang paling best, Saif dah tak takut orang. Hehe. Kalau tak sebelum ni, asal jumpa orang tak kenal atau jarang jumpa mesti melalak.

Setiap kali balik beraya di kampung suami, mesti dah tak pandang segala gadget. Sebab utama adalah tiada line internet..hehe ;) bagus juga sebenarnya. Baru laa rasa kemeriahan berhari raya macam dulu-dulu. Ni tak, sekarang ni kalu pergi beraya, tangan mesti tak lepas dari handphone atau tab. Raya lah masa terbaik untuk melawat sanak saudara. Bertukar-tukar cerita, bertanya khabar sesama saudara. Perlu diingat, walau semoden mana pon kita, adab dan budaya kita jangan sekali-kali dilupakan :)

Akhir kata untuk entry ini, Salam Lebaran 2014 dari kami berempat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...