Monday, 17 November 2014

Bacaan Kencing Manis Meningkat Gara-gara "Fast Food"?! Tak Risau Ke Kaki Kena Potong?!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

"Anda Merupakan Apa Anda Pernah Makan"


http://supplementandyou.blogspot.com/


Haa, ape cite plak ni?? Fast food boleh menyebabkan kaki kena potong?? Macam scary laa plak dengar kan...

Ok, secara amnya, bila kita makan di restoran-restoran yang menjual 'fast food', mestilah kena ada air kan..dan air yang sering terdapat di dalam menu ape?? Minuman bikarbonat kan?? atau kita selalu sebut AIR GAS..tu baru air, belom makanannya lagi..dengan segala bahan yg digunakan utk proses makanan tu, ia boleh menjadi salah satu faktor utama yg menyebabkan meningkatnya bacaan kencing manis (gula dalam darah)..

Dan hari ini, saya nak fokuskan kepada bagaimana besarnya pengaruh 'fast food' ni kepada kenaikan bacaan gula dalam darah bagi pengidap kencing manis sehingga berkemungkinan kaki mereka terpaksa dipotong!

Bagaimana Terjadinya Penyakit Kencing Manis?


Penyakit Kencing Manis mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Jangan ingat bila ada keturunan sahaja anda boleh dapat penyakit kencing manis ini. Yang kononnya sihat pon boleh kena juga penyakit kencing manis ini yang kerapnya dikaitkan dengan berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.

Jenis-jenis Penyakit Kencing Manis


Type 1

Badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset Diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependent Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayat.

Type 2

Kencing Manis jenis ini pula dikenali sebagai Mature-onset Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang sering berlaku. Ia disebabkan kekurangan insulin dan juga insulin resistence. Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan pemakanan mereka.

Sedikit Penerangan Mengenai Insulin, Glukosa (Gula)


Glukosa atau Gula

Makanan yang kita makan terutamanya karbohidrat akan dicerna di dalan sistem badan. Proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saiznya yang kecil berbanding saiz karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.

Insulin

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan penyimpanan protein dan lemak selain daripada karbohidrat.

***Jadi, bagi pesakit kencing manis, disebabkan kekurangan insulin yang dihasilkan, kandungan gula yang sedia ada dalam badan dan yang akan masuk ke dalam badan (melalui makanan), tidak dapat dikawal dengan sebaiknya. Ini akan menyebabkan kandungan gula di dalam badan kian bertambah jika anda tidak dapat mengawal pemakanan anda dengan baik!

Panduan Untuk Menilai Bacaan Kencing Manis

Tanda-tanda Anda Mengidap Kencing Manis


Ada pesakit kencing manis yang langsung tidak merasa tanda-tanda yang dinyatakan di bawah. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:

  • Kerap kencing terutama di waktu malam
  • Dahaga yang keterlaluan
  • Kerap lapar. Oleh itu selera makan naik
  • Penurunan berat badan walaupon selera makan bertambah
  • Rasa lemah badan
  • Pening dan muntah
  • Luka lambat baik
  • Mudah terkena jangakitan kulit
  • Kebas kaki dan tangan
  • Pemandangan menjadi kabur

http://supplementandyou.blogspot.com/
Klik pada image untuk paparan besar

Bolehkah Penyakit Kencing Manis Ini Sembuh??


TIDAK! Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap dan pengambilan ubat secara teratur yang akan membolehkan komplikasi kritikal yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.





Haaa, risau tak?? Gerun tak?? Faham tak bagaimana 'fast food' boleh menyebabkan kencing manis?? Ni saya baru letak gambar yang kurang gerun lagi..kalau anda semua search di Google "Bacaan Kencing Manis" atau "Fast Food Kencing Manis" banyak lagi gambar-gambar yang memang realitinya terjadi di kalangan rakyat Malaysia yang lebih menakutkan sehingga ada yg kena potong kaki!

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?


Seperti mana yang dinyatakan di atas, penyakit kencing manis hanya dapat dikawal dengan pemakanan yang sihat, senaman dan pengambilan ubat yang teratur. Shaklee ada menyediakan pilihan suplemen yang bersesuaian sebagai langkah pencegahan awal atau membantu mengawal paras gula dalam darah.

Klik pada image untuk paparan besar
Berikut merupakan cadangan-cadangan suplemen Shaklee yang disyorkan oleh pakar-pakar nutrisi Shaklee. Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi setiap suplemen, bagaimana setiap suplemen itu menjalankan tugasnya dan cara pengambilan serta dose terbaik untuk bantu kawal paras gula dalam darah anda, jangan segan silu untuk hubungi saya di keterangan seperti di bawah..

ATAU


KLIK SINI untuk terus order dan dapatkan SET KAWALAN GULA anda sekarang.


'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...