Wednesday 7 May 2014

Service Shaklee MANTOPSSSS!!!

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Syukur sangat rasa hari ni...Gembira sangat rasa hari ni :D

Tadi bila dok scroll news feed FB, tetiba bunyi notification dan tengok seorang sahabat saya tag saya pada gambarnya. Meh lihat apa gambarnya ;)

Klik gambar untuk paparan penuh

Alkisahnya, sahabat saya ni, yg dah pon mengambil langkah bijak dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membuat order Set Kesihatan Optimum dari saya hujung bulan Mac lepas. Tapi dek kerana sahabat saya ni tiada di rumah semasa penghantaran dibuat oleh GDex, barang telah dikembalikan ke HQ Shaklee sebab lebih 14 hari tak dituntut. Saya arrangekan untuk penghantaran kedua dari HQ Shaklee. Malangnya perkara sama berlaku. Cukuplah sebulan order sahabat saya ni dok berulang-alik. Semalam saya call lagi HQ Shaklee untuk buat penghantaran ketiga. Alhamdulillah, hari ni order sahabat saya selamat sampai ke tangannya :)

Cerita di atas ni adalah situasi biasa bila penerima sering tiada dirumah. Yang luar biasanya bila Shaklee TIDAK MENGENAKAN SEBARANG BAYARAN PENGEPOSAN TAMBAHAN walaupon barang sudah dua kali tiba di HQ Shaklee!!! Wow, sangat menarik kan?! ;)

Dan untuk pengetahuan semua, postage Shaklee adalah flat rate sebanyak RM10 (SM) dan RM20 (SS). Beli sikit RM10, beli banyak pon RM10 ;) Jadi amat menguntungkan bagi sesiapa yg suka borong produk-produk Shaklee :)

Alhamdulillah, sahabat saya amat berpuas hati dengan service Shaklee :D Terima kasih sahabat kerana percayakan saya dan mengambil langkah bijak dengan memilih Shaklee :)

SHAKLEE ~ Creating Healthier Living 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Monday 5 May 2014

::G6PD Deficiency & Shaklee::

As Salam & Salam Sejahtera Readers :)

Anda semua tahu tak apa itu G6PD Deficiency? 

Pada mulanya saya pon tak tahu menahu mengenai G6PD Deficiency ni. Selepas melahirkan anak pertama, baru lah perkataan ni sgt sebati dalam hidup saya. Menurut Pead, terjadinya G6PD Deficiency pada anak-anak disebabkan oleh ibu adalah pembawa. Saya pon tak tahu samada saya pembawa atau tidak sehinggalah anak disahkan ada G6PD Deficiency ni. Kata Pead lagi, jika ibu pembawa, peratusan untuk kesemua anak lelaki ada G6PD Deficiency adalah 100%. Manakala peratusan untuk kesemua anak perempuan ada G6PD Deficiency adalah 50%. Saya gambarkan di dalam gambar di bawah ya.

Gambarajah di buat berdasarkan penerangan dari Pead

Apa itu G6PD Deficiency?? 

Saya lampirkan risalah yg terdapat di dalam buku rekod kesihatan Saif & Ammar.


Ubat-ubatan & makanan yg perlu TAK BOLEH diberikan kepada pengidap G6PD Deficiency.



Menurut Pead, tindak balas bahan-bahan dan makanan-makanan diatas terhadap tubuh badan adalah antara 24 - 48 jam!!!


Jika terdapat tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor.

Adakah Shaklee selamat di ambil??

Ya, Shaklee selamat di ambil. Sudah tentu Shaklee bukan berasaskan jamu dan herba. Pengambilan Set Berpantang Shaklee sudah mencukupi keperluan ibu-ibu berpantang yg mempunyai anak G6PD Deficiency. Saya sendiri berpantang untuk kedua-dua anak saya dengan Set Pantang Shaklee. Alhamdulillah, kedua-dua anak saya bebas dari jaundice kerana Jaundice + G6PD Deficiency = NightMare. Jika terjadi jaundice pada anak-anak G6PD Deficiency, makan bulan juga untuk baik jaundicenya. Kesian anak-anak asik kena duduk bawah lampu biru.

Tetapi, ada beberapa produk yg perlu dielakkan iaitu produk yg berasaskan herba seperti Alfalfa & Herblax. Dapatkan nasihat pakar dahulu sebelum anda mengambil kedua-dua produk ini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya

♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Saturday 3 May 2014

::Suplemen Cepat ROSAK??!! Tips Mudah Penjagaan Suplemen Shaklee::

Assalamualaikum readers :)

Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat, suplemen Shaklee boleh rosak ke??

Jawapannya: Sudah tentu boleh kalu kita tak menyimpannya dengan cara yg betul.

Kebiasaannya, sebarang jenis/jenama suplemen akan tertera perkataan seperti ini:

  • Store in a cool dry place, below 25°C (kebiasaannya untuk tablet)
  • Store below 30°C. Protect from light and moisture (kebiasaannya untuk softgel)
  • Keep refrigerated once opened (kebiasaannya untuk cecair) 
Arahan-arahan di atas adalah langkah-langkah penjagaan suplemen yg sepatutnya kita patuhi jika tidak mahu suplemen kita cepat rosak.

Tetapi dalam entry ni, saya nak share beberapa tips mudah lain, yg juga dapat kita lakukan untuk menjaga kualiti suplemen kita sebelum habis dimakan.

1) Simpan suplemen jenis serbuk juga di dalam peti sejuk. Tips ini amat sesuai untuk mereka yg suka skip amik suplemen jenis serbuk ;) Suhu di dalam peti sejuk mampu untuk menjaga kualiti suplemen anda. Tak percaya?? Anda boleh cuba sendiri ;)

Sila abaikan permandangan lain ye..hehe
2) Bagi suplemen yg mempunyai kapas di dalam botol seperti Alfalfa Complex, Peppermint Ginger, HerbLax dan seangkatan dengannya, JANGAN buang kapas tu sebaik sahaja membuka seal pada botol. Masukkan balik kapas itu selepas mengambil suplemen. Cara ini mampu mengelakkan suplemen dari 'masuk angin'.

JANGAN dibuang ye kapas dalam botol tu ;)

3) Masukkan beberapa biji suplemen ke dalam pillbox. Sebagai contoh, stok untuk seminggu dimasukkan ke dalam pillbox. Jadi kualiti suplemen di dalam botol dapat dijaga dengan membuka botol seminggu sekali sahaja berbanding membuka botol hari-hari :) 

Set Pantang saya ;)
Mudahkan tips-tips ni :) Sebenarnya, kalu kita konsisten amik suplemen kita, masalah suplemen rosak atau masuk angin ini tak kan timbul. Bagi sesiapa yg culas je sering dapat masalah ni ;) Mana tak nya, suplemen yg sepatutnya 3 bulan dah patut habis, tapi sebab culas atau terlupa, 6 bulan pon tak habis-habis lagi. Hehe...

Jadi jangan culas amik suplemen ye. Nak jaga kesihatan ni kena rajin. Baru la nampak hasil dari suplemen yg kita ambil tu. Dan tak kan ada lagi komplen, "Makan Shaklee tak rasa apa pon. Makin teruk ada laa"...opsss, harus tanya diri anda dulu, konsisten ke tak ambil suplemen :D


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...