Saturday 3 May 2014

::Suplemen Cepat ROSAK??!! Tips Mudah Penjagaan Suplemen Shaklee::

Assalamualaikum readers :)

Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat, suplemen Shaklee boleh rosak ke??

Jawapannya: Sudah tentu boleh kalu kita tak menyimpannya dengan cara yg betul.

Kebiasaannya, sebarang jenis/jenama suplemen akan tertera perkataan seperti ini:

  • Store in a cool dry place, below 25°C (kebiasaannya untuk tablet)
  • Store below 30°C. Protect from light and moisture (kebiasaannya untuk softgel)
  • Keep refrigerated once opened (kebiasaannya untuk cecair) 
Arahan-arahan di atas adalah langkah-langkah penjagaan suplemen yg sepatutnya kita patuhi jika tidak mahu suplemen kita cepat rosak.

Tetapi dalam entry ni, saya nak share beberapa tips mudah lain, yg juga dapat kita lakukan untuk menjaga kualiti suplemen kita sebelum habis dimakan.

1) Simpan suplemen jenis serbuk juga di dalam peti sejuk. Tips ini amat sesuai untuk mereka yg suka skip amik suplemen jenis serbuk ;) Suhu di dalam peti sejuk mampu untuk menjaga kualiti suplemen anda. Tak percaya?? Anda boleh cuba sendiri ;)

Sila abaikan permandangan lain ye..hehe
2) Bagi suplemen yg mempunyai kapas di dalam botol seperti Alfalfa Complex, Peppermint Ginger, HerbLax dan seangkatan dengannya, JANGAN buang kapas tu sebaik sahaja membuka seal pada botol. Masukkan balik kapas itu selepas mengambil suplemen. Cara ini mampu mengelakkan suplemen dari 'masuk angin'.

JANGAN dibuang ye kapas dalam botol tu ;)

3) Masukkan beberapa biji suplemen ke dalam pillbox. Sebagai contoh, stok untuk seminggu dimasukkan ke dalam pillbox. Jadi kualiti suplemen di dalam botol dapat dijaga dengan membuka botol seminggu sekali sahaja berbanding membuka botol hari-hari :) 

Set Pantang saya ;)
Mudahkan tips-tips ni :) Sebenarnya, kalu kita konsisten amik suplemen kita, masalah suplemen rosak atau masuk angin ini tak kan timbul. Bagi sesiapa yg culas je sering dapat masalah ni ;) Mana tak nya, suplemen yg sepatutnya 3 bulan dah patut habis, tapi sebab culas atau terlupa, 6 bulan pon tak habis-habis lagi. Hehe...

Jadi jangan culas amik suplemen ye. Nak jaga kesihatan ni kena rajin. Baru la nampak hasil dari suplemen yg kita ambil tu. Dan tak kan ada lagi komplen, "Makan Shaklee tak rasa apa pon. Makin teruk ada laa"...opsss, harus tanya diri anda dulu, konsisten ke tak ambil suplemen :D


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...