Thursday 25 September 2014

Review Tudung Bawal AIDIJUMA :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Hari ini saya nak tulis entry santai sebelum saya 'bayar hutang' entry yang dijanjikan pada entry lepas ;)

Haaa, hari ni saya nak story pasal Tudung Bawal dan kasi review skit pasal Tudung Bawal Aidijuma :) dari zaman sekolah lagi, memang dok pakai Tudung Bawal je kan..sampai ke Universiti pon dok layan Tudung Bawal lagi kalau ke kelas harian..shawl atau selendang hanya dipakai bila nak ke majlis-majlis atau semasa musim perayaan.

Tapi sekarang, bila dah bekerja, ramai rakan-rakan saya yang dah mula bertukar dari pakai Tudung Bawal ke shawl sepenuhnya..bagi mereka, shawl lebih senang dan cepat untuk dipakai ke pejabat atau ke mana-mana.

Banyak kali sebenarnya saya cuba pakai shawl atau tudung sarung (instant) dari sebelum kahwin hingga lepas kahwin pon pernah cuba-cuba pakai..tapi selalu kena kutuk dengan En.Suami..katanya, "nampak macam makcik lah bila awak pakai macam ni"..amik ko...sila lah terasa..haha..

Bila cakap kata teringin gak nak berfesyen macam orang lain..terus dia cakap, "tak payah lah nak fesyen-fesyen sangat..awak pakai Tudung Bawal lagi lawa..nampak muda remaja je macam zaman awal-awal kita kenal dulu"..heeee, terus kembang sebesen :D

Dah En.Suami sendiri cakap macam tu kan, saya pon ape lagi, bungkus terus semua shawl, bagi pada adik..rezeki dia lah tu..jadi sekarang, memang saya layan Tudung Bawal je ;)

Semua jenis Tudung Bawal saya pakai..tapi yang berjenama yang memang saya tengah kumpul sekarang ni adalah Tudung Bawal AIDIJUMA..cantik-cantik designnya..dan yang penting, MURAH!

Tudung Bawal Aidijuma ni ade 3 label..White Label, Black Label & Red Label..yang paling murah adalah White Label..cer teka brapa?? RM10 je uollss..memang wajib laa buat koleksi kan..Black Label dan Red Label pula masing-masing RM39 dan RM35.

Dari muka depan website Tudung Bawal Aidijuma

Yang bestnya Black dan Red Label ni, satu tudung boleh digayakan 2 hingga 4 gaya dengan corak yang berlainan! :D memang best pada peminat Tudung Bawal Aidijuma yang pandai menggayakannya..saya hanya pakai macam biasa je..lipat jadi segitiga ;)

Ni saja nak tayang tuan tanah ber'selfie' dengan koleksi Aidijuma ;) Sila jangan muntah ye tengok tuan tanah dok perasan sendiri..hehe

http://supplementandyou.blogspot.com/
Antara koleksi Bawal AJ
Bersama anak-anak dengan Bawal AJ White Label Batik :)

Sekian gambar dari tuan tanah..hehe..bagi saya, kualiti Tudung Bawal AJ memang best..tapi kena pandai jaga juga untuk maintain kualitinya..bila nak basuh, cukup sekadar rendamkan tudung dengan sabun sementara, gosok dengan tangan jika ada kotoran, bilas dan terus sidai..saya tak suka guna pelembut dan perah kuat-kuat kerana boleh merosakkan tudung bawal saya ;)

Bagi saya, Tudung Bawal adalah paling senang untuk dipakai sebenarnya..cuma ia perlu digosok dulu sebelum pakai..kalau tak, pasti kedut seribu ;) takpe lah, dah En.Suami suka gaya saya macam ni kan..muka saya pon tak berapa sesuai kalau pakai tudung lain..dari asik dipanggil 'makcik', baik laa saya layan Tudung Bawal je ;)

Daaa (o^_^o)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...