Thursday 18 September 2014

Tempat Makan TERBAIK di Penang!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Hari ni saje nak cite my all time favorite food kalau balik Penang. Yup, tok nenek saya asal utara. Alhamdulillah both tok (orang utara panggil nenek, tok), side Mama dan Abah masih ada. Yang lelaki, dua-dua side dah meninggal.

So, setiap kali raya, memang aktiviti wajib sebelum dan selepas raya adalah menyerah diri untuk mengharung jem di Lebuhraya Utara Selatan..Hehe..bila tiba musim raya, perjalanan dari Bangi ke Penang yang sepatutnya hanya mengambil masa 5-6 jam (tambah tolak masa berhenti..al maklum lah, ada anak kecik ni tak leh nak direct je jalan), boleh jadi 16 jam!! kalau naik flight ni, dah bleh sampai LAX..huhu..

Ok, berbalik pada tajuk asal. Apa yang best kalu balik Penang?? Ni untuk saya lah ye..tak lain tak bukan, NASI KANDAR!!

Nasi Kandar Kayu

Tuuu diaaa, tengok gambaq pon bleh meleleh nih..hehe..bila balik Penang, tiap kali waktu makan, mesti balun Nasi Kandaq..nak dapat yang original bukan senang area Selangor ni..bila sesekali balik, wajib laa balun habis-habis..nasib laa ade Shaklee..nak balun pon, mesti ingat tentang kesihatan badan juga..tapi bukan laa bermaksud dah makan Shaklee, hampa bleh sesuka hati nak tala semua benda ;)

Ada 2 kedai Nasi Kandar yg berjaya menawan citarasa saya iaitu:


Restoran : Nasi Kandar Kayu
Lokasi : Bersebelahan Hotel Vistana Penang
Keistimewaan : Sambal Serbuk Mamak Style & Telur Sotong Goreng


Restoran : Nasi Kandar Pelita
Lokasi : iCity Juru
Keistimewaan : Ayam Masak Kicap Mamak Style

Dua-dua kedai ni memang wajib singgah makan atau tapau..tapau sebab kebiasaannya bila nak balik ke Bangi, mesti jem teruk sangat-sangat..jadi kami akan tapau siap-siap, bila dah rasa lapar, kami akan exit masuk jalan lama, berhenti mana-mana masjid, rehat, makan dan mandikan anak-anak supaya mereka selesa untuk meneruskan perjalanan.

Jadi tu serba sedikit cerita tentang BEST PLACE kalu nak makan Nasi Kandaq ikut tekak saya..bagi saya memang sangat-sangat tidak mengecewakan..kalau korang pergi Utara, boleh laa singgah dan merasa sendiri Nasi Kandar ni ye :)

Last but not least, makan, makan juga..kesihatan jangan sekali diabaikan..saya share tips kesihatan ala Shaklee skit ye (my style)..setengah jam sebelum nak balun Nasi Kandar, ambil dulu 2 biji Phytocol-ST Shaklee, lepas makan (lunch), ambil 3 biji Lecithin + 3 biji Alfalfa, lepas makan (dinner), ambil 3 biji Lecithin + 3 biji Alfalfa, sebelum tidur, ambil 2 biji Omega Guard ;)

Di harap info-info di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua..kalau nak order Shaklee, roger-roger je saya k ;)

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...