Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Tips Pemakanan Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa


Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Seperti yang dijanjikan pada entry Tips Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa, hari ini saya nak kongsikan panduan atau tips pemakanan yang sepatutnya para ibu titik beratkan sepanjang berpuasa samada puasa sebulan di bulan Ramadhan, puasa ganti atau puasa sunat.

MINUM AIR MENCUKUPI



Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur, berbuka dan sepanjang waktu dari berbuka ke sahur (1 gelas setiap 1 jam), bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Sekurang-kurangnya 3 liter air perlu diminum setiap hari. Jadi anda boleh tetapkan 'reminder' berapa gelas/liter air perlu diminum pada setiap jam.

JANGAN ABAIKAN SAHUR


Usah sesekali meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan juga untuk melambatkan waktu sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang di ambil.

MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA



Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

BANYAKKAN MAKAN BUAH DAN SAYUR



Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT


Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat yang mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

AMALKAN MADU



Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

ELAKKAN MINUMAN BIKARBONAT



Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa. Tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU??


Selain dari mengamalkan tips pemakanan di atas, Shaklee ada menyediakan pilihan yang boleh diambil dalam bentuk suplemen. Saya faham, ada dikalangan ibu-ibu menyusu yang kadang kala tidak sempat bersahur atau tak lalu makan ketika bersahur atau yang terlalu sibuk sehingga tak sempat nak aturkan pola pemakanan yang betul ketika bersahur dan berbuka.

Jadi dengan Shaklee, ibu-ibu hanya perlu 'shake-shake' atau bancuh atau ambil sahaja telan sahaja tablet. Tetapi, ini bukan bermakna ibu-ibu boleh mengabaikan terus pola pemakanan sihat dan hanya bergantung kepada supleman. Bak kata omputeh, 2 is better than 1. Together is better than alone ;) Amalkan kedua-dua pemakanan sihat ini lebih baik untuk penghasilan susu anda dan kesihatan badan anda :)

Sumber Protein :- ESP Shaklee, MealShake Shaklee

Bantu Tingkatkan Tenaga :- Vita-Lea Iron Formula Shaklee, Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Bantu Kawal Stress :- B Complex Shaklee 

Bantu Kawal Bendalir Dalam Badan :- Performance Drink Shaklee


Anda boleh memilih sarasan yang bersesuaian dengan kondisi diri anda ketika berpuasa :)

Berminat??

'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya
ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Wednesday, 24 September 2014

Tips Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus (direct breastfeeding) atau pemerahan payu dara (pumping).

Perlu diingatkan bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin - merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu

Oksitosin - merupakan hormon yang merembeskan susu ibu


Manakala Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) pula merupakan salah satu faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kurangnya permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

http://supplementandyou.blogspot.com/


SUSU KERING


Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekalkan berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.

Perlu diingatkan agar anda tidak perlu terlampau risau yang amalan berpuasa akan menganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kepada kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengurangan pengeluaran susu ibu bukan disebabkan oleh ibadah puasa itu sendiri! Sebaliknya disebabkan tekanan yang anda alami, menghalang refleks pengeluaran susu. Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja, iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman, amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukan bayi anda secara terus sekerap mungkin. Jika bekerja, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dua atau tiga jam seklai.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu dilakukan seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini diawal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

DEHIDRASI


Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Oleh itu, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya sepanjang waktu dari selepas berbuka sehingga bersahur.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan anda.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA


Sebut mengenai air bergaram, Shaklee juga menyediakan suplemen untuk kekal terhidrat iaitu Shaklee Performance Drink (PD). Ia dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dengan air kosong atau campurkan ke dalam minuman kegemaran anda (selain kafien). Jika PD dibancuh kosong, rasanya seperti minuman 100 Plus tanpa gula dan tanpa gas. PD ini berperisa oren yang sangat sedappp :)

Untuk mengekalkan tenaga maximum bagi ibu-ibu menyusu, anda boleh mengambil PD bersama-sama ESP dan MealShake. Jangan risau, rasa gabungan ketiga-tiga ini sangat-sangat sedap!! Saya berani jamin ;)

SET MIGHTY TRIPLE GEM gelaran diberi untuk set ketiga-tiga suplemen yang menjadi pilihan ramai bukan sahaja bagi ibu-ibu menyusu, bahkan ibu hamil, atlet, pekerja yang terdedah kepada panas, dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

http://supplementandyou.blogspot.com/


** Di entry berikutnya, saya akan kongsikan Panduan Pemakanan yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu supaya kekal bertenaga dan sihat sepanjang berpuasa :)


KLIK SINI untuk dapatkan Set Mighty Triple Gem anda sekarang...

ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Friday, 27 June 2014

Kekal BERTENAGA sepanjang Ramadhan dengan SHAKLEE Triple Gem

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua..

Alhamdulillah, tarikh puasa untuk tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah telah diumumkan semalam dan jatuh pada hari Ahad, 29 Jun 2014.

Alhamdulillah juga, tahun ni saya akan berpuasa sambil 'berperang' dengan 2 hero. Saif yg semakin bijak, lincah dan petah berkata-kata walaupon masih pelat. Ammar yg sedang membesar dan sangat kuat menyusu. I bet this Ramadhan will be more challenging and will gain more interesting and wonderful experience ;)

Jadi, untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadhan ni, saya amat-amat perlukan pemangkin untuk 'boost my energy level'. Tak lain tak bukan, saya akan memilih Set Mighty Triple Gem dari Shaklee. Set ini terdiri daripada ESP, Performance Drink dan Mealshake.


Sebelum saya bagi sedikit penerangan tentang fungsi setiap suplemen ni, saya nak cerita sedikit pengalaman saya dengan Set Mighty Triple Gem ni.

Ramadhan tahun lepas, saya dapat tahu saya mengandungkan Ammar sebulan sebelum puasa. Jadi, sekali lagi saya akan berpuasa di trimester pertama. Semasa mengandungkan Saif dulu pon, saya tahu mengandung 2 minggu sebelum puasa. Saya dah mula risau kerana Saif masih menyusu badan. Risau akan menjejaskan penghasilan susu saya dan sudah tentu risaukan Ammar yg baru beberapa minggu ketika itu.

Saya kuatkan semangat, tetap berpuasa macam biasa dan saya tambah Set Mighty Triple Gem ni dlm diet harian saya sepanjang bulan Ramadhan tahun lepas. Alhamdulillah, dengan izinNya, ketiga-tiga suplemen ini saya bancuh 1 sudu setiap satu, dan minum sebelum habis waktu sahur, saya dapat berpuasa penuh tahun lepas. Alhamdulillah juga penghasilan susu untuk Saif tidak berkurang, tumbesaran Ammar juga sangat-sangat baik. Semasa berbuka pula, saya akan bancuh 1 sudu Performance Drink, di minum suam. Semasa berbuka saya lebih suka minum minuman panas atau suam kerana dapat mengeluarkan angin dalam badan.

Itu serba sedikit pengalaman saya dengan Set Mighty Triple Gem ini. Jadi, sekarang saya akan terang serba sedikit fungsi setiap suplemen.

ESP

  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar, 
  • Membekalkan tenaga, 
  • Memberikan rasa kenyang 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat


PERFORMANCE DRINK

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


MEALSHAKE

  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Jadi kepada sesiapa nak rasa penangan Set Mighty Triple Gem ni, boleh laa hubungi saya ok. All consultation are FREE :D

KLIK SINI untuk dapatkan Set Mighty Triple Gem anda sekarang...

ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...