Thursday 9 October 2014

10 Garis Panduan Kenali Hospital Rakan Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)


Ada tak para blogger yang sedang baca blog SAY ni tengah mengandung?? Atau para bapa atau daddy-to-be yang akan menyambut kelahiran anak tak lama lagi?? Dah plan ke nak bersalin kat mana? Swasta ke kerajaan?

Haa, panjang pulak soalan tuan tanah blog SAY ni kan..hehe..

Bagi saya, tak kesah samada swasta atau kerajaan, yang penting haruslah yang menggalakkan penyusuan susu ibu..bermaksud, sebaik sahaja bersalin, ibu digalakkan/dibolehkan untuk terus menyusukan bayi..bukannya terus diberi susu formula..bayi yang baru lahir berhak untuk mendapat hak paling esklusif untuk dirinya seawal kelahirannya iaitu SUSU IBU..

Program Hospital Rakan Bayi (HRB) ini telah dicetuskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) pada tahun 1992.dan Malaysia telah diisytiharkan oleh WHO sebagai negara ketiga di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai HRB.

Ok, bagi ibu-ibu muda atau ibu-ibu yang akan melahirkan anak pertama, pastinya akan berasa bingung dan kurang pasti bagaimana nak mengenal ciri-ciri HRB ni..jadi berikut 10 garis panduan yang telah ditetapkan oleh WHO dan UNICEF untuk kita mengenali HRB.



  • Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  • Melatih semua kakitangan dengan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  • Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  • Membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah hingga satu jam selepas kelahiran.
  • Menunjukkan kepada ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi walaupon terpaksa dipisahkan daripada anak. Kerapnya terjadi jika anak jaundice dan perlu ditahan di wad manakala ibu sudah dapat pulang ke rumah.
  • Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  • Mengamalkan penyusuan di sisi  ibu (rooming-in) dengan membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  • Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  • Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
  • Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu kepada kumpulan ini selepas keluar hospital atau klinik.

** Info : Majalah Pa&Ma Keluaran Julai 2012

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

Diharap garis panduan ini dapat membantu para ibu bapa untuk memilih Hospital Rakan Bayi yang sesuai. Kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan, SAY doakan semoga selamat, lancar & dipermudahkan semuanya. Chaiyok Mummy!! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...