Sunday, 17 August 2014

::Tip Kawal Berat Badan Anak::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Ada ibu bapa yang sedang risau dengan berat badan berlebihan anak anda? Jangan runsing. Mari saya kongsikan beberapa tips mudah yang boleh para ibu bapa praktikkan untuk mengawal berat badan anak-anak anda.

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/
Sekadar hiasan

1) KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Menurut Jurnal Klinikal Nutrisi Amerika, kanak-kanak yang berlebihan berat badan akan makan 34% lebih kalori daripada makanan ringan berbanding jumlah yang perlu mereka ambil walaupun tidak merasa lapar.

Oleh itu, cuba halang mereka daripada mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan lemak dan gula ketika berada di luar mahupun di dalam rumah.

2) BENARKAN ANAK-ANAK BERMAIN

Tukarkan permainan video yang hanya memerlukan mereka untuk duduk sahaja kepada permainan yang lebih aktif seperti bertinju atau menari.

Kajian di United Kingdom mendapati aktiviti sebegitu dapat menurunkan 0.1kg-0.3kg dalam tempoh seminggu sekiranya ia dilakukan antara satu hingga 1.9 jam sehari.

3) LEBIHKAN PENGAMBILAN PUTIH TELUR BERBANDING KUNING TELUR

Saintis daripada United Kingdom menyatakan asid amino yang terdapat pada putih telur dapat merangsang sel otak untuk memberitahu tubuh untuk membakar lebih kalori.

Asid amino yang juga merupakan nutrien dalam protein akan sentiasa memastikan tubuh anda dalam keadaan bersedia.

4) AMALKAN DIET RENDAH KARBOHIDRAT

Diet rendah karbohidrat merupakan pilihan diet yang terbaik dalam melawan radang pada tubuh. Penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati berbeza dengan diet rendah lemak, pengamal diet rendah karbohidrat akan hilang secara puratanya 4.5kg lebih daripada mereka. Malah pengurangan juga berlaku hampir dua kali ganda pada bahagian lemak perut.

5) JANGAN BERLAPAR SEBELUM TIDUR

Tahukah anda, meninggalkan makan malam bukanlah kaedah terbaik untuk mengawal berat badan. Malah hanya akan membantutkan usaha untuk mengurangkan berat badan.

Jangan bimbang kerana makan pada lewat malam sebenarnya tidak akan menjejaskan usaha anda langsung! Sebaliknya buatlah pilihan yg bijak. Elakkan pengambilan karbohidrat pada lewat malam dan sebaiknya ambil makanan daripada sumber protein.

MEALSHAKE SHAKLEE sangat sesuai untuk yg mahu amalkan tip no.5 ini :)
http://supplementandyou.blogspot.com/

6) AMALKAN MAKAN BUAH DELIMA UNTUK MEMBAKAR LEBIH KALORI

Delima telah terbukti dapat membantu pembakaran lemak bagi individu yg gemuk selain daripada dapat mengurangkan radang dalam tubuh.

Selain itu, buah delima juga berupaya menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser. Banyak kajian terbaru juga menunjukkan bahawa rutin makan buah delima setiap hari dapat mencegah obesiti dan juga diabetes.

http://supplementandyou.blogspot.com/

7) KURANGKAN KE 270 KALORI

Daripada anda mengambil sepotong kek keju yg mengandungi 470 kalori sebagai hidangan pemanis mulut, lebih baik anda ambil setengah cawan coklat fondue dengan buah yg hanya mengandungi 200 kalori!

8) AMALKAN PENGAMBILAN OMEGA 3

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Sumber LEMAK BAIK adalah dari pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat juga untuk tubuh badan kita adalah asid lemak Omega 3.

Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, asid lemak Omega 3 secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkait rapat dengan peningkatan paras leptin di dalam badan. Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi asid lemak Omega 3 menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.


OMEGA GUARD SHAKLEE amat sesuai untuk yg mahu amalkan tip no.8 ini :)
http://supplementandyou.blogspot.com/
*sumber: Majalah iSihat & Livestrong

KLIK SINI untuk order MEALSHAKE atau OMEGA GUARD sekarang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...