Raya kali ni ade tak yang tak makan langsung lemang, ketupat, rendang, kuih raya sebab risau paras kolesterol naik?? Bagus sangat kalu dapat elakkan semua makanan yang sedap-sedap terutama musim perayaan ni. Tapi RUGI laaaa kan. Menolak rezeki dan nikmat hidup namanya tu. Hehehe...
Sebelum puasa hari tu, Shaklee ada melancarkan produk terbaru diberi nama Phytocol-ST. Ia lebih mesra dipanggil 'Penyekat Kolesterol Semulajadi'.
Apa itu Phytocol-ST Shaklee?
- Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari.
Apa itu Fitosterol?
- Fitosterol (dirujuk sebagai stenol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan yg kita makan setiap hari.
- Dianggarkan juga, untuk memenuhi keperluan 2000mg Fitosterol setiap hari, anda perlu makan 200 biji lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato pada setiap hari!!
Jadi, bagaimanakah Fitosterol berkesan?
- Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermakna, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah ~ saya akan terangkan dengan lebih terperinci mengenai kolesterol di dalam entry akan datang).
Antara soalan lazim lain mengenai Phytocol-ST Shaklee
Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan anda?
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemaktepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.
Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?
- Untuk hasil yg terbaik, ambil produk seperti yg disyorkan: 2 tablet dua kali sehari dengan makanan.
Bolehkah saya mengambil Phytocol-ST Shaklee dan OmegaGuard Shaklee pada masa yang sama?
- Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil C0Q Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.
Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?
- Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.
Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?
- Ya.
Jadi, dengan Phytocol-ST Shaklee, anda tidak perlu risau lagi tentang diet harian anda. Hanya 2 tablet sehari dapat membantu anda mengawal paras kolesterol dalam badan anda. Tetapi perlu diingat juga, ambil suplemen bukan bermaksud anda menyerahkan segala tugas menjaga badan anda kepa suplemen. Anda sendiri perlu mengamalkan diet harian yg seimbang dan penjagaan diri seperti bersenam dan pengambilan air kosong yg cukup setiap hari. Sayangi diri dan badan kita dengan semua yang sihat-sihat belaka ;)
Berminat dengan 'Penyekat Kolesterol Semulajadi' ini?
KLIK SINI untuk dapatkan Phytocol-ST Shaklee anda sekarang.
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp: 016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.