Monday, 25 August 2014

Beza Antara Korban dan Aqiqah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Tak lama lagi, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji pula. Dimana ibadah korban atau aqiqah akan dilaksanakan. Jika di kampung saya iaitu di Kedah, Hari Raya Haji kebiasaannya lebih meriah disambut berbanding Hari Raya Aidilfitri :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Apakah perbezaan ibadah KORBAN dan AQIQAH?


KORBAN ialah penyembelihan binatang-binatang ternak yang tertentu sempena Hari Raya Haji ( korban) dan tiga hari selepasnya iaitu hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 - Zulhijjah).

Binatang ternak yg dimaksudkan ialah:
  • Kambing domba yg telah berumur setahun lebih atau sudah berganti gigi
  • Kambing biasa yg telah berumur dua tahun lebih.
  • Unta yg beumur lima tahun lebih
  • Lembu atau kerbau yg telah berumur dua tahun lebih

Dan disyaratkan binatang-binatang tersebut tidak cacat, tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak sakit, tidak terpotong telinga atau ekornya dan mencukupi umur yg ditetapkan seperti tersebut di atas.

Hikmah penyembelihan korban ialah untuk mengembirakan golongan fakir miskin, sebagaimana pada Hari Raya Aidilfitri, golongan fakir miskin digembirakan dengan pemberian zakat fitrah.

Oleh itu, daging korban sunat disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, orang yg berkorban boleh mengambil sedikit dan sunat memakannya (jika bukan korban nazar).

Setengah ulama mengatakan, jika sukar mencari fakir miskin, diberikan kepada orang yg mampu sebagai hadiah. Bagaimanapun, penerima mesti ada yg miskin sekurang-kurangnya seorang.

Firman Allah yg bermaksud: "Makanlah sebahagian dagingnya dan berilah makan kepada fakir miskin dengan daging itu." (Surah Al-Haj: Ayat 28).

AQIQAH pula ialah penyembelihan haiwan ternak yg pada hari ketujuh dari kelahiran seseorang bayi sebagai tanda syukur kepada Allah. Jika tidak dapat pada hari ke-7, buatlah pada hari ke-14 atau ke-21 dari kelahiran bayi.

Jika tidak dapat juga, boleh dilakukan pada bila-bila masa asal si anak masih belum baligh. Jika telah baligh, gugur tuntutan sunat atas bapa atau wali dan berpindah kepada si anak itu sendiri untuk mengaqiqahkan dirinya. Mengikut riwayat bahawa Rasulullah S.A.W menyembelih aqiqah utk diri baginda sendiri.

Binatang yg disembelihkan untuk aqiqah adalah 2 ekor kambing untuk lelaki (jika dapat berbuat demikian, jika tidak seekor pon sudah memadi dan sah hukumnya) dan seekor untuk bayi perempuan.

Jika tidak dapat dua ekor, daging aqiqah sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian disedekahkan kepada fakir miskin. Jika tiada golongan miskin, boleh diberikan atau diundang orang-orang yang mampu untuk memakannya.

Selain daripada kambing, sesetengah ulama berpendapat boleh dengan binatang yang disembelih untuk korban dengan umur seperti yang telah ditetapkan syarak. Nilai seekor lembu atau kerbau atau unta ialah menyamai 7 ekor kambing.

Adakah kedua-duanya wajib dilaksanakan setiap umat islam yang mampu?


Hukum berkorban adalah sunat pada setiap tahun bagi orang yang berkemampuan, kecuali jika dinazarkan ia menjadi wajib. Demikian pendapat kebanyakan ulama. 

Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat bahawa berkorban itu adalah wajib dengan alasan Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah memberimu (wahai Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Sebab itu, dirikan solat pada Hari Raya Haji kerana Allah dan sembelihlah korbanmu." (Surah Al-Kauthar : 1-2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...