Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, saya akan terangkan serba sedikit mengenai KOLESTEROL.
Apa itu KOLESTEROL?
KOLESTEROL merupakan bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yg penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.Terdapat 2 sumber utama KOLESTEROL iaitu:
- Dari HATI dan
- Dari MAKANAN HARIAN
KOLESTEROL yg dapat dari makanan harian akan meningkatkan paras kolesterol yang sedia ada dalam darah anda. Ini yg akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
Bagaimana KOLESTEROL boleh menyebabkan Penyakit Jantung?
Terdapat 2 jenis KOLESTEROL utama dalam darah:- LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
- HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah anda. Plak ini akan menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan sakit jantung dan angin ahmar.
HDL pula dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" salur darah.
Oleh itu, untuk melindungi dan mengelakkan diri dari penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan kolesterol HDL yg tinggi dan paras kolesterol LDL yg rendah.
Apakah penyebab utama tinggi KOLESTEROL?
Makanan di Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung, hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari ~ Rujuk Artikel IniCuba bayangkan menu harian anda seperti ini:
Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 942mg kolesterol dalam 1 hari! Ini adalah melebihi 3 kali ganda jumlah kolesterol harian yg disyorkan!! ~ Rujuk Carta Ini
Tips untuk merendahkan PARAS KOLESTEROL secara semulajadi
- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
- Lakukan senaman lebih kerap.
- Turunkan berat badan.
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan FITOSTEROL ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. ~ Rujuk Entry Ini Untuk Penerangan Lanjut Mengenai FITOSTEROL.
Begitulah serba sedikit penerangan mengenai KOLESTEROL. Di entry berikutnya, saya akan terangkan set cadangan suplemen yg sesuai untuk anda yg mengalami masalah tinggi kolesterol.
KLIK SINI untuk dapatkan SET KAWAL KOLESTEROL anda sekarang.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp: 016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.