Thursday 26 June 2014

Rawat segera TONSIL dengan SHAKLEE

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera readers :)

Entry kali ni saya nak bercerita mengenai TONSIL. Sebabnya, saya kalu tak sihat, selang beberapa hari mesti akan disertai oleh sakit tekak yg amat perit, sakit dan susah nak bercakap. Atau pon kalau saya makan makanan pedas terutama yg ada lada hitam, mesti cepat je jadi sakit tekak. Pelik juga. Macam dah jadi pantang dah lada hitam dengan saya.

Mula jadi teruk sakit tekak saya semasa mengandungkan anak pertama lebih kurang 2 tahun lepas. Masa tu memang teruk. Dah la tengah demam, sakit kepala, sakit tekak pula tu. Memang pakej lengkap lah. Saya pula risau nak ambil ubat sebarangan walaupon atas nasihat doktor kerana risau mengganggu tumbesaran anak dalam perut. Tapi bila dah semakin teruk dan desakan keras suami, saya pergi berjumpa pakar. Bila diperiksa, tonsil saya dah bengkak teruk disertai jangkitan kuman di sekeliling tonsil tu. Balik rumah baru terasa nak tengok sendiri rupa tonsil saya tu. Dengan menggunakan lampu suluh, saya dapat lihat dengan jelas keadaan tonsil saya yg doktor gambarkan.

Beginilah lebih kurang rupa di dalam mulut saya ketika itu. Tonsil membengkak dan ada selaput putih!! 

Baru-baru ni jadi lagi sakit tekak yg teruk lepas saya selsema beberapa hari. Dan keadaan dalam mulut saya jadi sama seperti 2 tahun lepas.

Apakah itu TONSIL??


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.

3 jenis Tonsil yang terdapat di dalam mulut:

  • Adenoids - tonsil yg terletak di belakang hidung
  • Lingual tonsil - tonsil di belakang lidah

  • Palatine tonsils - tonsil di tekak

Punca terjadinya TONSIL


  • Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher. 

  • Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak. 


  • Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak. 
  • Kaedah rawatan TONSIL


    Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan. 

    Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan. 


    Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.

    Rawat TONSIL dengan SHAKLEE

    Terdapat juga beberapa rangkaian produk Shaklee yg saya dapat syorkan di sini untuk merawat tonsil. Anda boleh mulakan dengan minum air kosong suam banyak-banyak sehingga sakit tekak berkurangan. Jika sakit tekak masih di tahap teruk, berikut adalah cadangan-cadangan produk Shaklee yg dapat merawat tonsil anda.

    1. Garlic Complex :- Bertindak sebagai antibiotik semulajadi anda. Kebiasaannya, apabila tonsil menyerang dan anda pergi berjumpa doktor, doktor pasti akan memberikan antibiotik untuk melawan virus-virus yg menyebabkan tonsil. Jadi, pilihan di tangan anda sam
      ada inginkan antibiotik berunsurkan bahan kimia atau yg semulajadi :)
    2. Sustained Release Vita-C Plus 500mg :- Bertindak untuk meningkatkan imuniti badan supaya virus-virus yg menyebabkan tonsil tidak menyerang lagi.
    3. Nutriferon :- Sama seperti Vita-C, tetapi Nutriferon sebagai 'immune booster' untuk badan kita. Jika sering tak sihat disebabkan demam, selsema, batuk, sakit tekak, amalkan mengambil Nutriferon secara konsisten. In Shaa Allah dapat meningkatkan imuniti badan anda. 



    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:
    Nur Diyana Yahya♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
    ♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...