Wednesday, 8 October 2014

Tips Pemakanan Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa


Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Seperti yang dijanjikan pada entry Tips Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa, hari ini saya nak kongsikan panduan atau tips pemakanan yang sepatutnya para ibu titik beratkan sepanjang berpuasa samada puasa sebulan di bulan Ramadhan, puasa ganti atau puasa sunat.

MINUM AIR MENCUKUPI



Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur, berbuka dan sepanjang waktu dari berbuka ke sahur (1 gelas setiap 1 jam), bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Sekurang-kurangnya 3 liter air perlu diminum setiap hari. Jadi anda boleh tetapkan 'reminder' berapa gelas/liter air perlu diminum pada setiap jam.

JANGAN ABAIKAN SAHUR


Usah sesekali meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan juga untuk melambatkan waktu sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang di ambil.

MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA



Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

BANYAKKAN MAKAN BUAH DAN SAYUR



Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT


Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat yang mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

AMALKAN MADU



Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

ELAKKAN MINUMAN BIKARBONAT



Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa. Tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU??


Selain dari mengamalkan tips pemakanan di atas, Shaklee ada menyediakan pilihan yang boleh diambil dalam bentuk suplemen. Saya faham, ada dikalangan ibu-ibu menyusu yang kadang kala tidak sempat bersahur atau tak lalu makan ketika bersahur atau yang terlalu sibuk sehingga tak sempat nak aturkan pola pemakanan yang betul ketika bersahur dan berbuka.

Jadi dengan Shaklee, ibu-ibu hanya perlu 'shake-shake' atau bancuh atau ambil sahaja telan sahaja tablet. Tetapi, ini bukan bermakna ibu-ibu boleh mengabaikan terus pola pemakanan sihat dan hanya bergantung kepada supleman. Bak kata omputeh, 2 is better than 1. Together is better than alone ;) Amalkan kedua-dua pemakanan sihat ini lebih baik untuk penghasilan susu anda dan kesihatan badan anda :)

Sumber Protein :- ESP Shaklee, MealShake Shaklee

Bantu Tingkatkan Tenaga :- Vita-Lea Iron Formula Shaklee, Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Bantu Kawal Stress :- B Complex Shaklee 

Bantu Kawal Bendalir Dalam Badan :- Performance Drink Shaklee


Anda boleh memilih sarasan yang bersesuaian dengan kondisi diri anda ketika berpuasa :)

Berminat??

'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya
ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...