Thursday 16 October 2014

5 Tips Melancong Ketika Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)


Ada preggy mommy yang tengah atau dah plan untuk gi bercuti ke? Dalam negara ke luar negara?? Bestnya dapat gi holiday :) Enjoy your trip mommy :D

Tapi sebelum tu, mommy sekalian perlu tahu dan titik beratkan beberapa perkara sebelum mulakan perjalanan..macam saya dulu, setiap kali preggy, doktor akan sentiasa ingatkan masuk je minggu ke 36 kehamilan, kalau boleh gi berjalan yang dekat-dekat je :) jadi hari ni, saya akan kongsikan 5 Tips Melancong Untuk Ibu Hamil :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Periksa Dengan Syarikat Pengangkutan


Kebanyakkan syarikat pengangkutan awam tidak menggalakkan wanita hamil pada usia kandungan tertentu untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk memeriksa terlebih dahulu dengan syarikat terbabit sebelum keputusan melancong diputuskan.

Jangan Duduk Terlalu Lama


Pastikan anda sentiasa melakukan pergerakan ringkas walaupon terpaksa duduk untuk tempoh yang lama. Anda juga digalakkan untuk memakai stoking khas sepanjang perjalanan.

Minum Air


Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan air yang mencukupi lebih-lebih lagi jika tempat yang anda kunjungi bersuhu tinggi.

Kad Pemeriksaan Kehamilan


Jangan lupa untuk membawa bersama kad pemeriksaan kehamilan ke mana sahaja destinasi yang anda kunjungi agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan untuk doktor memberi rawatan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini

Bawa Nota Kelas Antenatal


Nota yang ada dapat memberikan "bantuan" awal sebelum anda mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada mana-mana doktor di klinik berhampiran tempat anda menginap.

Jadi, mommy sekalian bolehlah ikut tips ni sekiranya telah merancang percutian sejak dari awal lagi..yelah, nak batalkan terus pon macam tak best pula kan..yang penting kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan agar keselamatan mommy dan baby sentiasa terpelihara..In Shaa Allah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...