Saturday 19 July 2014

BENTAN!!! AWAS Jika Kerap Berurut Semasa Berpantang...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Pernah dengar perkataan BENTAN tak? Ibu-ibu yg tengah berpantang pasti tahu apa itu bentan kan? Secara amnya, bentan bermaksud ketidakselasaan badan selepas bersalin (merujuk kepada ibu-ibu berpantang) seperti demam, sakit-sakit urat, lemah tidak bermaya dan seangkatan dengannya.


Nak cerita sikit pengalaman bentan saya. Alhamdulillah pada 30 Januari 2014, saya selamat melahirkan anak ke-2 saya, Muhammad Ammar Zafran pada pukul 1.08 tgh hari. Sepanjang tempoh berpantang, saya telah mengambil pakej mengurut selama 14 hari. Mula tu nak ambil untuk sebulan terus. Tapi bila diingat balik, semasa pantang anak pertama, lepas 2 minggu badan dah terasa bertenaga semula. Jadi saya hanya mengambil pakej mengurut selama 14 hari sahaja.

Sebelum saya bersalin lagi mak dah pesan, mengurut paling lama 7 hari sudah lah. Tapi sebab fikir, sedapnya laa badan bila dapat diurut, dibelai setiap hari setelah 9 bulan mengandung, lepas tu melalui proses bersalin pula. Badan dah penat terlalu lama tidak dimanjakan. 

Jadi selepas bersalin, bermula hari ke-5, tukang urut mula datang untuk mengurut. Untungnya pakej yg saya ambil ni, ia disertai dengan bertanggas, lulur, mandi air akar kayu, bekung dan juga disertai dengan lauk berpantang dan juga cukur rambut Ammar pada hari ke-7. Fuhh, bila tengok pakej, memang teruja dan pasti akan ambil ;) Tapi seperti yang saya pernah cerita di CERITA PANTANG ANAK PERTAMA saya, saya hanya akan gunakan segala herba dan akar kayu semasa proses mengurut sahaja. Sebaik tukang urut balik, saya akan mandi semula kerana Ammar juga ada G6PD Deficiency.

Nak dijadikan cerita, elok habis 14 hari mengurut, keesokan harinya, masuk tengah hari tu, badan saya tiba-tiba jadi sejuk semacam. Menggigil dan tak larat sangat ditambah sakit kepala. Padahal waktu tengah hari tu. Memang tengah panas terik sangat-sangat di luar. Saya ambil selimut, berselubung habis dan berbaring di tempat cahaya matahari masuk tanpa membuka kipas. Setengah jam juga saya macam tu tapi sejuk menggigil tetap tak hilang! Mak pula berulang kali cakap, "Dah BENTAN la tu. Mama dah cakap urut paling lama 7 hari je, ko degil. Nak gak lama-lama". Ok, kena sebijik..huhu

Berkali-kali sebenarnya mak suruh saya makan Panadol Active Fast, tapi saya memang jenis tak kan ambil sebarang ubat semasa menyusu mahupun mengandung. Biar sembuh sendiri secara semulajadi walaupon ambil masa. Risaukan anak sebenarnya. Takut ubat-ubat yang saya ambil effect pada diorg. Bab makan ubat memang saya agak degil selagi saya rasa sakit saya tu boleh baik tanpa ubat. Tapi lepas setengah jam rasa badan makin tidak bermaya, ditambah mak yang dah mula membebel, terus saya ambil 1 sachet Nutriferon untuk sejuk menggigil dan 2 biji B Complex + 2 biji OsteMatrix untuk sakit kepala. Dah makan, minum air kosong banyak-banyak, saya kembali berselubung dengan selimut. Sambil tu saya berdoa semoga Allah perkenankan usaha saya nak baik dari bentan dengan Nutriferon, B Complex dan OsteMatrix.

Lepas 30 minit berselubung semula, saya rasa badan saya dah mula panas. Dah mula keluar dari selimut sedikit demi sedikit. Sakit kepala pon dah mula kurang. Alhamdulillah, Allah perkenankan usaha saya dengan 3 suplemen Shaklee itu. Saya memang pelru baik dengan segera. Kesian Ammar nanti. Nak susukan anak dengan badan yang tidak sihat amatlah tidak selesa.

Pengambilan 3 suplemen tu saya teruskan untuk 3 hari bagi memastikan badan saya sihat sepenuhnya. Untuk sakit kepala saya ambil B Complex + OsteMatrix 2 kali sehari. Untuk demam dan sakit-sakit badan saya ambil Nutriferon sekali sehari.

Ada antara anda-anda yang mengalami BENTAN seperti saya?? Risau nak ambil ubat-ubatan semasa menyusukan anak seperti saya?? Nak cuba ikhtiar cara lain seperti ikhtiar saya dengan Shaklee?? Boleh hubungi saya. Jangan malu jangan segan. Kita kongsi-kongsi cerita. Ini merupakan pengalaman sebenar saya. Jadi In Shaa Allah juga berkesan untuk anda :)

KLIK SINI untuk dapatkan 3 suplemen terbaik untuk mengatasi BENTAN anda.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya

♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...