Monday 17 November 2014

Bacaan Kencing Manis Meningkat Gara-gara "Fast Food"?! Tak Risau Ke Kaki Kena Potong?!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

"Anda Merupakan Apa Anda Pernah Makan"


http://supplementandyou.blogspot.com/


Haa, ape cite plak ni?? Fast food boleh menyebabkan kaki kena potong?? Macam scary laa plak dengar kan...

Ok, secara amnya, bila kita makan di restoran-restoran yang menjual 'fast food', mestilah kena ada air kan..dan air yang sering terdapat di dalam menu ape?? Minuman bikarbonat kan?? atau kita selalu sebut AIR GAS..tu baru air, belom makanannya lagi..dengan segala bahan yg digunakan utk proses makanan tu, ia boleh menjadi salah satu faktor utama yg menyebabkan meningkatnya bacaan kencing manis (gula dalam darah)..

Dan hari ini, saya nak fokuskan kepada bagaimana besarnya pengaruh 'fast food' ni kepada kenaikan bacaan gula dalam darah bagi pengidap kencing manis sehingga berkemungkinan kaki mereka terpaksa dipotong!

Bagaimana Terjadinya Penyakit Kencing Manis?


Penyakit Kencing Manis mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Jangan ingat bila ada keturunan sahaja anda boleh dapat penyakit kencing manis ini. Yang kononnya sihat pon boleh kena juga penyakit kencing manis ini yang kerapnya dikaitkan dengan berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.

Jenis-jenis Penyakit Kencing Manis


Type 1

Badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset Diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependent Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayat.

Type 2

Kencing Manis jenis ini pula dikenali sebagai Mature-onset Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang sering berlaku. Ia disebabkan kekurangan insulin dan juga insulin resistence. Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan pemakanan mereka.

Sedikit Penerangan Mengenai Insulin, Glukosa (Gula)


Glukosa atau Gula

Makanan yang kita makan terutamanya karbohidrat akan dicerna di dalan sistem badan. Proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saiznya yang kecil berbanding saiz karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.

Insulin

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan penyimpanan protein dan lemak selain daripada karbohidrat.

***Jadi, bagi pesakit kencing manis, disebabkan kekurangan insulin yang dihasilkan, kandungan gula yang sedia ada dalam badan dan yang akan masuk ke dalam badan (melalui makanan), tidak dapat dikawal dengan sebaiknya. Ini akan menyebabkan kandungan gula di dalam badan kian bertambah jika anda tidak dapat mengawal pemakanan anda dengan baik!

Panduan Untuk Menilai Bacaan Kencing Manis

Tanda-tanda Anda Mengidap Kencing Manis


Ada pesakit kencing manis yang langsung tidak merasa tanda-tanda yang dinyatakan di bawah. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:

  • Kerap kencing terutama di waktu malam
  • Dahaga yang keterlaluan
  • Kerap lapar. Oleh itu selera makan naik
  • Penurunan berat badan walaupon selera makan bertambah
  • Rasa lemah badan
  • Pening dan muntah
  • Luka lambat baik
  • Mudah terkena jangakitan kulit
  • Kebas kaki dan tangan
  • Pemandangan menjadi kabur

http://supplementandyou.blogspot.com/
Klik pada image untuk paparan besar

Bolehkah Penyakit Kencing Manis Ini Sembuh??


TIDAK! Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap dan pengambilan ubat secara teratur yang akan membolehkan komplikasi kritikal yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.





Haaa, risau tak?? Gerun tak?? Faham tak bagaimana 'fast food' boleh menyebabkan kencing manis?? Ni saya baru letak gambar yang kurang gerun lagi..kalau anda semua search di Google "Bacaan Kencing Manis" atau "Fast Food Kencing Manis" banyak lagi gambar-gambar yang memang realitinya terjadi di kalangan rakyat Malaysia yang lebih menakutkan sehingga ada yg kena potong kaki!

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?


Seperti mana yang dinyatakan di atas, penyakit kencing manis hanya dapat dikawal dengan pemakanan yang sihat, senaman dan pengambilan ubat yang teratur. Shaklee ada menyediakan pilihan suplemen yang bersesuaian sebagai langkah pencegahan awal atau membantu mengawal paras gula dalam darah.

Klik pada image untuk paparan besar
Berikut merupakan cadangan-cadangan suplemen Shaklee yang disyorkan oleh pakar-pakar nutrisi Shaklee. Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi setiap suplemen, bagaimana setiap suplemen itu menjalankan tugasnya dan cara pengambilan serta dose terbaik untuk bantu kawal paras gula dalam darah anda, jangan segan silu untuk hubungi saya di keterangan seperti di bawah..

ATAU


KLIK SINI untuk terus order dan dapatkan SET KAWALAN GULA anda sekarang.


'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Tuesday 11 November 2014

AWAS! Tekanan Darah Rendah BAHAYA!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)


http://supplementandyou.blogspot.com/

Hari ini saya nak bercerita sedikit sedikit mengenai Tekanan Darah Rendah. Sebenarnya ianya terjadi kepada diri saya sendiri di seminggu awal bulan November 2014 ini. Bermula dengan tonsil menyerang saya lagi. Diikuti dengan demam panas. Kemudian mula pening dan sakit kepala yang amat sangat-sangat sampai PENGSAN! 

Mujur saya memang tinggal dengan family saya. Dan saya memang ada di rumah ketika itu. Dan saya tak pegang anak-anak! Kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi pada mereka. Jatuh pengsan di dapur. Dan tak lama lepas tu mak saya perasan nape saya tidur di dapur. Rupanya dah pengsan! Suami terus rush balik dan bawa saya ke klinik. Bila cek, tekanan darah saya rendah, HB saya pon rendah, disertai dengan kandungan sel darah putih saya yang tinggi!

Ok, tu serba sedikit perihalnya. Tapi hari ni saya nak fokus kepasa Tekanan Darah Rendah..Just nak inform, saya tak mengandung ye..hehe..selalunya Tekanan Darah Rendah ni amat popular dikalangan ibu-ibu mengandung ;) anda boleh baca mengenai Tonsil di entry ini Rawat Segera TONSIL dengan Shaklee.

Apa Itu Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)?


Tekanan darah rendah (Hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.

Faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Darah


Terdapat beberapa faktor yang boleh membantu menentukan seseorang itu menghiap tekanan darah rendah iaitu:-
  • Aktiviti seharian
  • Infeksi
  • Perasaan
  • Usia
  • Ubatan
  • Pendarahan

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet (memang doktor ada tanya saya samada saya ada mengambil sebarang jamu atau ubut kurus!). Mereka yang mempunyai tekanan darah rendah selalunya jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • Stroke
  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Pada Mata
  • Pengerasan dan Penyempitan Pada Pembuluh Darah

Berapa Rendahkah Yang Dikatakan Tekanan Darah Rendah?


Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai. Tetapi, tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda, mungkin normal untuk individu lain.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

Tekanan Darah Rendah = Tekanan Darah < 90/60 mmHg


Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah yang rendah (samada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Contoh: 115/50 mmHg = tekanan darah rendah ATAU 85/70 mmHg = tekanan darah rendah

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupon hanya sebanyak 20 mmHg (cth: daripada 130 mmHg ke 110 mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapatkan bekalan darah yang mencukupi.

Gejala Tekanan Darah Rendah


Bagi pengidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Cuma mereka akan dapat rasanya tanda-tanda awal yang menunjukkan tekanan darah mereka rendah seperti:-
  • Cepat penat
  • Pening kepala ketika posisi badan berubah (selalunya dari duduk ke berdiri)
  • Sukar untuk berkonsentrasi
  • Mata berkunang-kunang
  • Mual atau loya
  • Kulit berasa sejuk, pucat dan lembap
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Cepat haus


Perkaitan Tekanan Darah Rendah Dan Zat Besi


Kebiasaannya, masalah tekanan darah rendah ini dikaitkan dengan kekurangan Zat Besi di dalam badan. Ini kerana Zat Besi berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan dan mengangkut elektron di dalam proses pembentukan tenaga ke sel-sel badan.

Zat Besi pula perlu bergabung dengan protein untuk membentuk hemoglobin di dalam sel darah merah dan myoglobin di dalam serabut otot. Gabungan ini akan membentuk enzim yang berperanan dalam pembentukan tenaga untuk badan kita.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah?


Dengan Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang anda boleh amalkan sebagai langkah-langkah pencegahan awal untuk masalah tekanan darah rendah ini.

http://supplementandyou.blogspot.com/
Klik pada image untuk paparan besar
Sebaik sahaja doktor mengesahkan saya ada tekanan darah rendah, saya terus konsisten mengambil suplemen-suplemen di atas. Sebenarnya kesemua suplemen di atas merupakan rutin saya. Tetapi mungkin disebabkan keadaan diri yang tidak sihat, demam panas dan infeksi dari tonsil, tekanan darah saya terus jadi rendah dan amat-amat mudah pitam.

Alhamdulillah, setelah konsisten amalkan suplemen-suplemen di atas, disamping tidak meninggalkan ubat-ubat yang doktor bagi, keadaan saya sudah semakin pulih sekarang. Amat merisaukan sebenarnya dengan keadaan diri yang sentiasa pening dan sakit kepala. Tergendala segala tugasan harian dan yg paling merisaukan apabila tidak dapat menguruskan anak-anak dengan baik.

Jika anda juga mengalami masalah tekanan darah rendah seperti saya, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya akan kongsikan cara dan dose terbaik untuk mengambil suplemen-suplemen di atas. Dan yang penting, anda harus konsisten mengambilnya :)

**NOTA PENTING: Sekiranya seorang wanita ingin hamil, anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang komplikasi terhadap bayi sekiranya anda pengidap tekanan darah rendah dari sebelum hamil. 



KLIK SINI untuk terus order dan dapatkan SET TEKANAN DARAH RENDAH anda sekarang.

'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya
ATAU

Jadi anda berminat?? Teruja?? nak tau lebih detail boleh direct WhatsApp atau SMS atau Email saya seperti di bawah ok..

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Monday 27 October 2014

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Hari ni saya nak share beberapa testimoni Set Kecantikan Shaklee, 'fresh' dari ladang..hehe..baru dapat je semua testimoni ni..rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan Set Kecantikan Shaklee ni..yelah, secara am nya, Shaklee bertindak 'membersihkan' dari dalam..mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kecantikan dari dalam..jadi dia akan jadi bersih sepenuhnya ;)

Tapi jangan tak tahu, Set Kecantikan Shaklee ini juga boleh dibuat masker! Jadi, dah boleh bersihkan dari luar juga :)

http://supplementandyou.blogspot.com/
Set penuh untuk Set Kecantikan Shaklee
Ok, jom kita tengok testimoni-testimoni dari pelanggan yang amat berpuas hati dengan Set Kecantikan Shaklee ini..

http://supplementandyou.blogspot.com/
Cik Abe pon perasan perubahan..dengan hanya mengambil Vita-E & Vita-C Plus Shaklee ;)

http://supplementandyou.blogspot.com/
Hasil dari mengambil secara konsisten Vita-C Plus & Vita-E Shaklee

http://supplementandyou.blogspot.com/
Gambar Close Up..Jerawat mengecut, tona hampir sekata & pori mengecil..

http://supplementandyou.blogspot.com/
Ni pula perkongsian dari Nutritionist Shaklee..Muka dia memang nampak flawless sangat :) 

Jadi anda berminat?? Teruja?? nak tau lebih detail boleh direct WhatsApp atau SMS atau Email saya seperti di bawah ok..

ATAU

KLIK SINI untuk terus order dan dapatkan SET KECANTIKAN SHAKLEE anda sekarang.

'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya 

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Thursday 16 October 2014

5 Tips Melancong Ketika Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)


Ada preggy mommy yang tengah atau dah plan untuk gi bercuti ke? Dalam negara ke luar negara?? Bestnya dapat gi holiday :) Enjoy your trip mommy :D

Tapi sebelum tu, mommy sekalian perlu tahu dan titik beratkan beberapa perkara sebelum mulakan perjalanan..macam saya dulu, setiap kali preggy, doktor akan sentiasa ingatkan masuk je minggu ke 36 kehamilan, kalau boleh gi berjalan yang dekat-dekat je :) jadi hari ni, saya akan kongsikan 5 Tips Melancong Untuk Ibu Hamil :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Periksa Dengan Syarikat Pengangkutan


Kebanyakkan syarikat pengangkutan awam tidak menggalakkan wanita hamil pada usia kandungan tertentu untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk memeriksa terlebih dahulu dengan syarikat terbabit sebelum keputusan melancong diputuskan.

Jangan Duduk Terlalu Lama


Pastikan anda sentiasa melakukan pergerakan ringkas walaupon terpaksa duduk untuk tempoh yang lama. Anda juga digalakkan untuk memakai stoking khas sepanjang perjalanan.

Minum Air


Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan air yang mencukupi lebih-lebih lagi jika tempat yang anda kunjungi bersuhu tinggi.

Kad Pemeriksaan Kehamilan


Jangan lupa untuk membawa bersama kad pemeriksaan kehamilan ke mana sahaja destinasi yang anda kunjungi agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan untuk doktor memberi rawatan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini

Bawa Nota Kelas Antenatal


Nota yang ada dapat memberikan "bantuan" awal sebelum anda mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada mana-mana doktor di klinik berhampiran tempat anda menginap.

Jadi, mommy sekalian bolehlah ikut tips ni sekiranya telah merancang percutian sejak dari awal lagi..yelah, nak batalkan terus pon macam tak best pula kan..yang penting kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan agar keselamatan mommy dan baby sentiasa terpelihara..In Shaa Allah :D

Tuesday 14 October 2014

It's giveaway time @mamamyraslove

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)


Tengah dok singgah blog rakan-rakan blogger tadi, sekali nampak Geng #BPR buat giveaway..makanya, wajib laa join kan..hehe

Nak tau lebih lanjut mengenai giveaway ni, apa kata klik banner di atas..hadiah best tau!! Tote bag by Boss & Marc Jacobs Dot!!!

Masih sempat nak join..last link boleh diberi pada pukul 1.00pm esok bersamaan 15 Oct 2014 :)

Thursday 9 October 2014

10 Garis Panduan Kenali Hospital Rakan Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)


Ada tak para blogger yang sedang baca blog SAY ni tengah mengandung?? Atau para bapa atau daddy-to-be yang akan menyambut kelahiran anak tak lama lagi?? Dah plan ke nak bersalin kat mana? Swasta ke kerajaan?

Haa, panjang pulak soalan tuan tanah blog SAY ni kan..hehe..

Bagi saya, tak kesah samada swasta atau kerajaan, yang penting haruslah yang menggalakkan penyusuan susu ibu..bermaksud, sebaik sahaja bersalin, ibu digalakkan/dibolehkan untuk terus menyusukan bayi..bukannya terus diberi susu formula..bayi yang baru lahir berhak untuk mendapat hak paling esklusif untuk dirinya seawal kelahirannya iaitu SUSU IBU..

Program Hospital Rakan Bayi (HRB) ini telah dicetuskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) pada tahun 1992.dan Malaysia telah diisytiharkan oleh WHO sebagai negara ketiga di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai HRB.

Ok, bagi ibu-ibu muda atau ibu-ibu yang akan melahirkan anak pertama, pastinya akan berasa bingung dan kurang pasti bagaimana nak mengenal ciri-ciri HRB ni..jadi berikut 10 garis panduan yang telah ditetapkan oleh WHO dan UNICEF untuk kita mengenali HRB.



  • Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  • Melatih semua kakitangan dengan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  • Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  • Membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah hingga satu jam selepas kelahiran.
  • Menunjukkan kepada ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi walaupon terpaksa dipisahkan daripada anak. Kerapnya terjadi jika anak jaundice dan perlu ditahan di wad manakala ibu sudah dapat pulang ke rumah.
  • Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  • Mengamalkan penyusuan di sisi  ibu (rooming-in) dengan membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  • Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  • Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
  • Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu kepada kumpulan ini selepas keluar hospital atau klinik.

** Info : Majalah Pa&Ma Keluaran Julai 2012

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

http://supplementandyou.blogspot.com/

Diharap garis panduan ini dapat membantu para ibu bapa untuk memilih Hospital Rakan Bayi yang sesuai. Kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan, SAY doakan semoga selamat, lancar & dipermudahkan semuanya. Chaiyok Mummy!! ;)

Wednesday 8 October 2014

SAY Berwajah baru :D

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Haa, nampak tak pape perubahan kat blog Supplement And You (SAY) ni?? Mesti nampak kan..kan...hehe..beberapa hari lepas yang berhabuk je blog SAY ni disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan juga laa..eceh..beralasan nampak tuan tanah..hehehe

Entry ni saja saya tulis untuk promote dan kredit kepada tukang edit blog SAY sampai cantik + manis + berterbangan giteww..tema Bee kan..hehe

Overall memang saya sangat-sangat puas hati dan teruja sangat sebab yelah, tuan tanah ni bukannya reti sangat nak edit-edit template blog ni..takut nanti, dok asik pasang 'langsir' je kat blog SAY ni, 'perabot' terlupa pula nak letak kan..nak duduk atas ape nanti..paham tak agak-agak ;)

Ok, kalau sesiapa berminat nak edit blog dan dapat hasil macam ni, boleh terus berurusan dengan Other Site ye..tak payah laa saya cerita panjang kat sini..kalau berminat, boleh terus hubungi Other Site ok :)

Kalau sesiapa nak order atau jadi ahli Shaklee pula, boleh hubungi saya seperti di bawah ye :)

'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya
ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Tips Pemakanan Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa


Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Seperti yang dijanjikan pada entry Tips Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa, hari ini saya nak kongsikan panduan atau tips pemakanan yang sepatutnya para ibu titik beratkan sepanjang berpuasa samada puasa sebulan di bulan Ramadhan, puasa ganti atau puasa sunat.

MINUM AIR MENCUKUPI



Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur, berbuka dan sepanjang waktu dari berbuka ke sahur (1 gelas setiap 1 jam), bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Sekurang-kurangnya 3 liter air perlu diminum setiap hari. Jadi anda boleh tetapkan 'reminder' berapa gelas/liter air perlu diminum pada setiap jam.

JANGAN ABAIKAN SAHUR


Usah sesekali meninggalkan waktu sahur. Anda digalakkan juga untuk melambatkan waktu sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang di ambil.

MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA



Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

BANYAKKAN MAKAN BUAH DAN SAYUR



Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT


Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat yang mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

AMALKAN MADU



Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

ELAKKAN MINUMAN BIKARBONAT



Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa. Tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU??


Selain dari mengamalkan tips pemakanan di atas, Shaklee ada menyediakan pilihan yang boleh diambil dalam bentuk suplemen. Saya faham, ada dikalangan ibu-ibu menyusu yang kadang kala tidak sempat bersahur atau tak lalu makan ketika bersahur atau yang terlalu sibuk sehingga tak sempat nak aturkan pola pemakanan yang betul ketika bersahur dan berbuka.

Jadi dengan Shaklee, ibu-ibu hanya perlu 'shake-shake' atau bancuh atau ambil sahaja telan sahaja tablet. Tetapi, ini bukan bermakna ibu-ibu boleh mengabaikan terus pola pemakanan sihat dan hanya bergantung kepada supleman. Bak kata omputeh, 2 is better than 1. Together is better than alone ;) Amalkan kedua-dua pemakanan sihat ini lebih baik untuk penghasilan susu anda dan kesihatan badan anda :)

Sumber Protein :- ESP Shaklee, MealShake Shaklee

Bantu Tingkatkan Tenaga :- Vita-Lea Iron Formula Shaklee, Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Bantu Kawal Stress :- B Complex Shaklee 

Bantu Kawal Bendalir Dalam Badan :- Performance Drink Shaklee


Anda boleh memilih sarasan yang bersesuaian dengan kondisi diri anda ketika berpuasa :)

Berminat??

'Untick' pada item yang tidak berkenaan dan ikut langkah seterusnya
ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Infused Water ~ Detox Secara Semulajadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Sekarang ni dok jadi trending news feed FB plak pasal Infused Water ni..tak kurang juga di Instagram..kebanyakkannya retis-retis laa yg dok post pasal Infused Water ni..

Mula tu pelik gak ape laa yang diorg minum ni..minum air rendaman kombinasi buah-buah dan herbs..bila tanya En.Google, baru laa tau rupanya ada fungsi tersendiri kombinasi-kombinasi ni..

Cer tengok carta kat bawah ni..nampak menarik dan sedap kan ;)


Haa, memang nak kena buat ni..terutama yang Appetite Control tu..biasalah orang pompuan..pantang rasa termakan banyak skit..mula laa gelabah kann..tambah-tambah yang jenis badan senang naik tu..bertambah-tambah gelabahnya..siap pasang azam nak puasa direct sebulan lah walaupon bukan bulan puasa..tapinya, bila nampak makanan, jadi pantang gak tengok..hehe



Lazat sangat nampak kan Infused Water ni..memang tak rugi kalau nak cuba..dan patut untuk dijadikan rutin diet harian kita..bahan-bahan pon senang je nak dapat..potong kecil bahan-bahan tu, rendam semalaman, esok dah boleh minum :)

Cuba jangan tak cuba :D

Tuesday 7 October 2014

Oktober 2014 Bulan ESP Shaklee!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Ampun semua..baru sempat nak update blog..kebizian melanda diriku..huhu

Ok, omputeh kata, better late than never..ecehh ;)

Jadi saya nk bgtau produk promo untuk bulan Oktober 2014 iaitu ESP Shaklee!!

Lagi?? Yup, promosi ESP lagi :D Suka tak?? Pasti laa suka kan ;)


Promosi Mealshake tetap berlangsung sehingga 31 Oktober 2014..bermakna promosi berganda lagi bulan ni :)

ESP Shaklee Beli 6 PERCUMA 1 (Layak dapat FREE MEMBERSHIP!!)

MEALSHAKE Shaklee Beli 3 PERCUMA 1


Cepat-cepat!! Jangan lepaskan peluang penjimatan BERGANDA ini!! :D

KLIK SINI untuk dapatkan ESP Superb anda sekarang...

ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini.

Thursday 25 September 2014

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)



Segmen yang menarik dari pemilik segmen Cikgu Ayu Insyirah :)

Sudah tentu sayang sayangkan blog Supplement And You saya ni..semakin hari semakin saya sayangkan blog saya ni ;)

Jom ramai-ramai join segmen ni..boleh ramaikan kenalan di alam maya :)

Klik banner di atas untuk turut serta :)

Review Tudung Bawal AIDIJUMA :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Hari ini saya nak tulis entry santai sebelum saya 'bayar hutang' entry yang dijanjikan pada entry lepas ;)

Haaa, hari ni saya nak story pasal Tudung Bawal dan kasi review skit pasal Tudung Bawal Aidijuma :) dari zaman sekolah lagi, memang dok pakai Tudung Bawal je kan..sampai ke Universiti pon dok layan Tudung Bawal lagi kalau ke kelas harian..shawl atau selendang hanya dipakai bila nak ke majlis-majlis atau semasa musim perayaan.

Tapi sekarang, bila dah bekerja, ramai rakan-rakan saya yang dah mula bertukar dari pakai Tudung Bawal ke shawl sepenuhnya..bagi mereka, shawl lebih senang dan cepat untuk dipakai ke pejabat atau ke mana-mana.

Banyak kali sebenarnya saya cuba pakai shawl atau tudung sarung (instant) dari sebelum kahwin hingga lepas kahwin pon pernah cuba-cuba pakai..tapi selalu kena kutuk dengan En.Suami..katanya, "nampak macam makcik lah bila awak pakai macam ni"..amik ko...sila lah terasa..haha..

Bila cakap kata teringin gak nak berfesyen macam orang lain..terus dia cakap, "tak payah lah nak fesyen-fesyen sangat..awak pakai Tudung Bawal lagi lawa..nampak muda remaja je macam zaman awal-awal kita kenal dulu"..heeee, terus kembang sebesen :D

Dah En.Suami sendiri cakap macam tu kan, saya pon ape lagi, bungkus terus semua shawl, bagi pada adik..rezeki dia lah tu..jadi sekarang, memang saya layan Tudung Bawal je ;)

Semua jenis Tudung Bawal saya pakai..tapi yang berjenama yang memang saya tengah kumpul sekarang ni adalah Tudung Bawal AIDIJUMA..cantik-cantik designnya..dan yang penting, MURAH!

Tudung Bawal Aidijuma ni ade 3 label..White Label, Black Label & Red Label..yang paling murah adalah White Label..cer teka brapa?? RM10 je uollss..memang wajib laa buat koleksi kan..Black Label dan Red Label pula masing-masing RM39 dan RM35.

Dari muka depan website Tudung Bawal Aidijuma

Yang bestnya Black dan Red Label ni, satu tudung boleh digayakan 2 hingga 4 gaya dengan corak yang berlainan! :D memang best pada peminat Tudung Bawal Aidijuma yang pandai menggayakannya..saya hanya pakai macam biasa je..lipat jadi segitiga ;)

Ni saja nak tayang tuan tanah ber'selfie' dengan koleksi Aidijuma ;) Sila jangan muntah ye tengok tuan tanah dok perasan sendiri..hehe

http://supplementandyou.blogspot.com/
Antara koleksi Bawal AJ
Bersama anak-anak dengan Bawal AJ White Label Batik :)

Sekian gambar dari tuan tanah..hehe..bagi saya, kualiti Tudung Bawal AJ memang best..tapi kena pandai jaga juga untuk maintain kualitinya..bila nak basuh, cukup sekadar rendamkan tudung dengan sabun sementara, gosok dengan tangan jika ada kotoran, bilas dan terus sidai..saya tak suka guna pelembut dan perah kuat-kuat kerana boleh merosakkan tudung bawal saya ;)

Bagi saya, Tudung Bawal adalah paling senang untuk dipakai sebenarnya..cuma ia perlu digosok dulu sebelum pakai..kalau tak, pasti kedut seribu ;) takpe lah, dah En.Suami suka gaya saya macam ni kan..muka saya pon tak berapa sesuai kalau pakai tudung lain..dari asik dipanggil 'makcik', baik laa saya layan Tudung Bawal je ;)

Daaa (o^_^o)

Wednesday 24 September 2014

Tips Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus (direct breastfeeding) atau pemerahan payu dara (pumping).

Perlu diingatkan bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin - merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu

Oksitosin - merupakan hormon yang merembeskan susu ibu


Manakala Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) pula merupakan salah satu faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kurangnya permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

http://supplementandyou.blogspot.com/


SUSU KERING


Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekalkan berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.

Perlu diingatkan agar anda tidak perlu terlampau risau yang amalan berpuasa akan menganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kepada kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengurangan pengeluaran susu ibu bukan disebabkan oleh ibadah puasa itu sendiri! Sebaliknya disebabkan tekanan yang anda alami, menghalang refleks pengeluaran susu. Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja, iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman, amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukan bayi anda secara terus sekerap mungkin. Jika bekerja, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dua atau tiga jam seklai.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu dilakukan seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini diawal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

DEHIDRASI


Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Oleh itu, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya sepanjang waktu dari selepas berbuka sehingga bersahur.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan anda.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA


Sebut mengenai air bergaram, Shaklee juga menyediakan suplemen untuk kekal terhidrat iaitu Shaklee Performance Drink (PD). Ia dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dengan air kosong atau campurkan ke dalam minuman kegemaran anda (selain kafien). Jika PD dibancuh kosong, rasanya seperti minuman 100 Plus tanpa gula dan tanpa gas. PD ini berperisa oren yang sangat sedappp :)

Untuk mengekalkan tenaga maximum bagi ibu-ibu menyusu, anda boleh mengambil PD bersama-sama ESP dan MealShake. Jangan risau, rasa gabungan ketiga-tiga ini sangat-sangat sedap!! Saya berani jamin ;)

SET MIGHTY TRIPLE GEM gelaran diberi untuk set ketiga-tiga suplemen yang menjadi pilihan ramai bukan sahaja bagi ibu-ibu menyusu, bahkan ibu hamil, atlet, pekerja yang terdedah kepada panas, dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

http://supplementandyou.blogspot.com/


** Di entry berikutnya, saya akan kongsikan Panduan Pemakanan yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu supaya kekal bertenaga dan sihat sepanjang berpuasa :)


KLIK SINI untuk dapatkan Set Mighty Triple Gem anda sekarang...

ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Monday 22 September 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]





GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:




Yun Sing Irrayyan Dr.Nurashikin , Amy J Rara Farhana , Mind Meld(Irene) Dik An'sNurizan , Suhaida(Izzeyda) , Scha Nazri , Mommy Lina , Mimi Azirah , @henshinyourstyle

Untuk tau lebih lanjut mengenai GA ni, ape kata anda klik banner di atas :)
Selamat ber'GA' ;)

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor

























3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.



Good luck!



klik pada banner untuk join....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...