Hari ini saya nak bercerita sedikit sedikit mengenai Tekanan Darah Rendah. Sebenarnya ianya terjadi kepada diri saya sendiri di seminggu awal bulan November 2014 ini. Bermula dengan tonsil menyerang saya lagi. Diikuti dengan demam panas. Kemudian mula pening dan sakit kepala yang amat sangat-sangat sampai PENGSAN!
Mujur saya memang tinggal dengan family saya. Dan saya memang ada di rumah ketika itu. Dan saya tak pegang anak-anak! Kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi pada mereka. Jatuh pengsan di dapur. Dan tak lama lepas tu mak saya perasan nape saya tidur di dapur. Rupanya dah pengsan! Suami terus rush balik dan bawa saya ke klinik. Bila cek, tekanan darah saya rendah, HB saya pon rendah, disertai dengan kandungan sel darah putih saya yang tinggi!
Ok, tu serba sedikit perihalnya. Tapi hari ni saya nak fokus kepasa Tekanan Darah Rendah..Just nak inform, saya tak mengandung ye..hehe..selalunya Tekanan Darah Rendah ni amat popular dikalangan ibu-ibu mengandung ;) anda boleh baca mengenai Tonsil di entry ini Rawat Segera TONSIL dengan Shaklee.
Apa Itu Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)?
Tekanan darah rendah (Hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.
Faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Darah
Terdapat beberapa faktor yang boleh membantu menentukan seseorang itu menghiap tekanan darah rendah iaitu:-
- Aktiviti seharian
- Infeksi
- Perasaan
- Usia
- Ubatan
- Pendarahan
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet (memang doktor ada tanya saya samada saya ada mengambil sebarang jamu atau ubut kurus!). Mereka yang mempunyai tekanan darah rendah selalunya jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
- Stroke
- Penyakit Jantung
- Penyakit Pada Mata
- Pengerasan dan Penyempitan Pada Pembuluh Darah
Berapa Rendahkah Yang Dikatakan Tekanan Darah Rendah?
Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai. Tetapi, tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda, mungkin normal untuk individu lain.
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
Tekanan Darah Rendah = Tekanan Darah < 90/60 mmHg
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah yang rendah (samada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.
Contoh: 115/50 mmHg = tekanan darah rendah ATAU 85/70 mmHg = tekanan darah rendah
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupon hanya sebanyak 20 mmHg (cth: daripada 130 mmHg ke 110 mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapatkan bekalan darah yang mencukupi.
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi pengidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Cuma mereka akan dapat rasanya tanda-tanda awal yang menunjukkan tekanan darah mereka rendah seperti:-
- Cepat penat
- Pening kepala ketika posisi badan berubah (selalunya dari duduk ke berdiri)
- Sukar untuk berkonsentrasi
- Mata berkunang-kunang
- Mual atau loya
- Kulit berasa sejuk, pucat dan lembap
- Pernafasan cepat dan pendek
- Cepat haus
Perkaitan Tekanan Darah Rendah Dan Zat Besi
Kebiasaannya, masalah tekanan darah rendah ini dikaitkan dengan kekurangan Zat Besi di dalam badan. Ini kerana Zat Besi berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan dan mengangkut elektron di dalam proses pembentukan tenaga ke sel-sel badan.
Zat Besi pula perlu bergabung dengan protein untuk membentuk hemoglobin di dalam sel darah merah dan myoglobin di dalam serabut otot. Gabungan ini akan membentuk enzim yang berperanan dalam pembentukan tenaga untuk badan kita.
Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah?
Dengan Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang anda boleh amalkan sebagai langkah-langkah pencegahan awal untuk masalah tekanan darah rendah ini.
Klik pada image untuk paparan besar |
Alhamdulillah, setelah konsisten amalkan suplemen-suplemen di atas, disamping tidak meninggalkan ubat-ubat yang doktor bagi, keadaan saya sudah semakin pulih sekarang. Amat merisaukan sebenarnya dengan keadaan diri yang sentiasa pening dan sakit kepala. Tergendala segala tugasan harian dan yg paling merisaukan apabila tidak dapat menguruskan anak-anak dengan baik.
Jika anda juga mengalami masalah tekanan darah rendah seperti saya, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya akan kongsikan cara dan dose terbaik untuk mengambil suplemen-suplemen di atas. Dan yang penting, anda harus konsisten mengambilnya :)
**NOTA PENTING: Sekiranya seorang wanita ingin hamil, anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang komplikasi terhadap bayi sekiranya anda pengidap tekanan darah rendah dari sebelum hamil.
KLIK SINI untuk terus order dan dapatkan SET TEKANAN DARAH RENDAH anda sekarang.
Jadi anda berminat?? Teruja?? nak tau lebih detail boleh direct WhatsApp atau SMS atau Email saya seperti di bawah ok..
Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp: 016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com