Wednesday 24 September 2014

Tips Bagi Ibu Menyusu Ketika Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

http://supplementandyou.blogspot.com/

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus (direct breastfeeding) atau pemerahan payu dara (pumping).

Perlu diingatkan bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin - merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu

Oksitosin - merupakan hormon yang merembeskan susu ibu


Manakala Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) pula merupakan salah satu faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kurangnya permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

http://supplementandyou.blogspot.com/


SUSU KERING


Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekalkan berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.

Perlu diingatkan agar anda tidak perlu terlampau risau yang amalan berpuasa akan menganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kepada kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengurangan pengeluaran susu ibu bukan disebabkan oleh ibadah puasa itu sendiri! Sebaliknya disebabkan tekanan yang anda alami, menghalang refleks pengeluaran susu. Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja, iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman, amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukan bayi anda secara terus sekerap mungkin. Jika bekerja, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dua atau tiga jam seklai.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu dilakukan seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini diawal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

DEHIDRASI


Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Oleh itu, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya sepanjang waktu dari selepas berbuka sehingga bersahur.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan anda.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA


Sebut mengenai air bergaram, Shaklee juga menyediakan suplemen untuk kekal terhidrat iaitu Shaklee Performance Drink (PD). Ia dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dengan air kosong atau campurkan ke dalam minuman kegemaran anda (selain kafien). Jika PD dibancuh kosong, rasanya seperti minuman 100 Plus tanpa gula dan tanpa gas. PD ini berperisa oren yang sangat sedappp :)

Untuk mengekalkan tenaga maximum bagi ibu-ibu menyusu, anda boleh mengambil PD bersama-sama ESP dan MealShake. Jangan risau, rasa gabungan ketiga-tiga ini sangat-sangat sedap!! Saya berani jamin ;)

SET MIGHTY TRIPLE GEM gelaran diberi untuk set ketiga-tiga suplemen yang menjadi pilihan ramai bukan sahaja bagi ibu-ibu menyusu, bahkan ibu hamil, atlet, pekerja yang terdedah kepada panas, dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

http://supplementandyou.blogspot.com/


** Di entry berikutnya, saya akan kongsikan Panduan Pemakanan yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu supaya kekal bertenaga dan sihat sepanjang berpuasa :)


KLIK SINI untuk dapatkan Set Mighty Triple Gem anda sekarang...

ATAU

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya:

Nur Diyana Yahya
♥ SMS/WhatsApp:  016-5186648
♥ Email: deeyanaz@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/MamaSaifCorner sila klik LIKE utk info terkini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...