Friday 1 August 2014

AidilFitri 2014 ~ Kami Berempat ~ Alhamdulillah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari raya ke-6. Baru sempat nak mengupdate entry. Ampunnnn....

Alhamdulillah juga, tahun ini kami beraya berempat. Syukur dengan setiap kurniaan dariNya :)

Tahun ni raya pertama saya di kampung suami iaitu di Sik, Kedah. Memang seronok sangat sebab kampung suami masih tidak dicemari dengan arus pemodenan. Saif la yg paling excited. Dia pon dah semakin besar. Selalu dapat tengok ayam, lembu, pokok-pokok besar dalam tab atau TV je. Bila di kampung, semuanya 'real'. Memang teruja habis dia. Ngantuk ke, lapar ke, semua dah tak peduli. Nak dok luar rumah je tengok ayam. Bila orang sibuk kait rambutan, dia pon sibuk nak tolong kutip. Yang paling best, Saif dah tak takut orang. Hehe. Kalau tak sebelum ni, asal jumpa orang tak kenal atau jarang jumpa mesti melalak.

Setiap kali balik beraya di kampung suami, mesti dah tak pandang segala gadget. Sebab utama adalah tiada line internet..hehe ;) bagus juga sebenarnya. Baru laa rasa kemeriahan berhari raya macam dulu-dulu. Ni tak, sekarang ni kalu pergi beraya, tangan mesti tak lepas dari handphone atau tab. Raya lah masa terbaik untuk melawat sanak saudara. Bertukar-tukar cerita, bertanya khabar sesama saudara. Perlu diingat, walau semoden mana pon kita, adab dan budaya kita jangan sekali-kali dilupakan :)

Akhir kata untuk entry ini, Salam Lebaran 2014 dari kami berempat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...